Menghina ISLAM .. Sokong mohon maaf !!

by - Sabtu, Oktober 23, 2010

 

image

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lanjut > MALAYSIAKINI

 

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

 

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-DRMAZA.COM-

You May Also Like

13 comments

  1. hmm..i've seen a few of the pics that was taken from the opening of that festival, then siap ada fB page lagi utk claim maaf dr pemimpin yg terlibat. As a muslims, it's really menghina martabat Islam, harap pihak2 bijak pandai agama dlm negara kita claim for the same issues.

    BalasPadam
  2. mmg melampau..npk sgt begitu jahilnya dorang ni dan amik mudah akan hal2 yg berkaitan dgn Agama Islam..nak kate bodoh tapi skolah tinggi2 sume..x paam tol !

    BalasPadam
  3. saya sokong diorg wajib minta maaf..tp tgk diorang wat dunno je..lebih pentingkan pilihanraya sbb takut kalah...siapa yang sokong penganjuran IFF diorg ni mmg bodoh..mana lg penting politik or agama??lu pkir la sendiri..

    BalasPadam
  4. menggunakn islam utk kepentingan peribadi...

    BalasPadam
  5. Dunia zaman sekarang macam2 ancaman yang diterima oleh Islam.

    BalasPadam
  6. memalukan wanita muslimah adala .... jatuh maruah betul!!!

    BalasPadam
  7. brother ben harap brother delete atau tukar gambar utk post ni

    gambar tu pertunjukkan fesyen di malaysia bkn di monte carlo
    harap ben lebih peka dengan post yg dibuat
    boleh rujukan link
    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/10/fitnah-baru-pas-terhadap-rosmah-kenapa.html
    utk lebih mendapat gambaran sebenar
    harap ben maklum

    BalasPadam
  8. BA: Klu betul mcm yg dikata.....sy pon x sker. menghina agama kita namnya tu.....

    BalasPadam
  9. memalukan..n melampau! Islamic show pejadahnya kalo terbukak sana sini.huh!

    BalasPadam
  10. dah tgk entry dari "mffzone"...bahasa guna amat la indahnya..tapi dia pnye entry pun xbetul..nampak sgt xbaca entry ben ni...dalam entry dia tue...dia ckp yg IFF tue sbnrnye buat kat malaysia..gmbr yg dalam entry cam ben ni diambil kat monte carlo...so rosmah xsalah..padahal terang n nyata dlm entry ben ni yang IFF tue kat "monte carlo"..

    ni la kalau manusia buta politik..sila jangan politikkan isu ni..tp fikir dari lensa seorang umat Islam yang takutkan ALLAH!

    BalasPadam