Polis sahkan penyokong bola mati mengejut

by - Rabu, Oktober 13, 2010

 

KUALA SELANGOR 13 Okt. - Polis mengesahkan kematian seorang penyokong bola sepak pasukan Kelantan selepas menyaksikan perlawanan menentang Selangor malam tadi di Stadium Shah Alam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mangsa, Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok, Kelantan meninggal dunia sebaik tiba di tempat letak kereta selepas menonton perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

"Mangsa sebenarnya telah mengadu sakit dada kepada rakan-rakannya ketika menonton perlawanan itu, dan telah diberikan rawatan oleh pasukan paramedik, namun sebaik tamat perlawanan, mangsa dikatakan semakin lemah dan terus meninggal dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Alam Jaya, di Ijok hari ini.

Sehubungan itu, beliau menolak desas-desus bahawa mangsa mati akibat pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan malam tadi. - Bernama

 

image

image

image

UTUSAN MALAYSIA

You May Also Like

5 comments

  1. ntahle, macam2 versi dengar
    ade kata smp 2 org mninggal...

    BalasPadam
  2. serius.. aku mmg xfaham dengan sikap rakyat malaysia.. Kerana bola? huhhh

    BalasPadam
  3. mak aih..dasat kan..bola pun leh menyesatkan dah..

    BalasPadam
  4. menang jadik arang...kalah jadi abu

    kalau menang jadi arang tue moleknyer sikit jer....
    kalau kalah tue jadi abu, hancur terus..

    dua dua pon tak berguna..bergaduh untuk sesuatu yang tak berfaedah!!..

    BalasPadam
  5. kerana bola macam2 boleh jadi, sedangkan di itali tuh,bakar2 kereta ni sudah jadi lumrah...

    BalasPadam