Pujian buat Datuk Lee Chong Wei

by - Isnin, Oktober 18, 2010

 

Beringat semasa di atas .. Itulah kata kata dari pemain badminton no 1 dunia ... Hari ini hari mereka. Mana tahu nanti dia pula , kan ?

Mmg aku kagum dan terharu bila atlit membantu atlit yang lain.. Yelah kan , sementara berkemampuan .. apa salahnya memberi pertolongan ..

image

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu be­­­­kas atlit yang pernah mengha­­rum­­kan nama negara.

Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu.

Kita tidak boleh me­­lupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan pera­­yaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.
“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.

“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai in­­sentif dan saya pula akan terus menyalurkan ke­­semua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.

 

BA : Ni baru dikatakan JUARA DUNIA !!

You May Also Like

4 comments