Rooney tak mahu sambung kontrak bersama United: Ferguson

by - Rabu, Oktober 20, 2010

 

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terkejut selepas mengetahui penyerang Wayne Rooney dilaporkan tetap dengan pendiriannya mahu meninggalkan 'kelab terbaik dunia' itu.

Ferguson yang kelihatan tersentak dan berdiam beberapa minit pada sidang akhbar semalam, apabila mendapat tahu Rooney akan meninggalkan Old Trafford.

Apa yang jelas beliau tidak mampu memberitahu sebab penyerang England itu mengambil keputusan berkenaan.

"Kami tidak memahami mengapa dia mahu meninggalkan United," katanya ketika wartawan dingatkan agar soalan mengenai isu Rooney hanya dikemukakan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.

Lebih separuh daripada soalan tertumpu kepada Rooney, Ferguson akhirnya mengesahkan laporan bahawa Rooney tidak akan menandatangani kontrak baru bersama United.

Kontrak Rooney tamat pada 2012 dan perjanjian baru mengenainya sudah dibincangkan dengan Ketua Eksekutif kelab itu, David Gill pada 14 Ogos lalu.

"Ia mengejutkan kita. Saya tidak mempercayainya kerana pada perbincangan awal pada Mac lalu, dia (Rooney) mahu terus bersama United, dia mahu menandatangani kontrak sepanjang hayat kerana dia gembira bersama United," katanya. - Reuters

 

sumber : BHARIAN

You May Also Like

0 comments