Saat ini di satu waktu dahulu ..

by - Ahad, Oktober 03, 2010

 

Aku dah berdiri .. walaupun hanya sebelah kaki namun aku bersyukur kepadaNYA diatas setiap rezeki yang aku nikmati ..

Satu tika dulu , disaat ini aku pernah menangis.. Menangis dan merayu kepada ALLAH .. aku tak ingin hidup lagi dengan dipandang hina .. dipandang sebelah mata ..

Aku tahu perasaan bagaimana duduk ditepi jalan .. memerhatikan mereka bersenang lenang .. bergelak ketawa .. memakai pakaian yang mahal mahal .. sedangkan aku ?

Bukan aku anak yatim piatu .. tapi perlukah aku bergantung pada mereka waktu itu ? Mereka sendiri pun ada tanggungjawab mereka sendiri .. Tugas mereka memberikan aku 'kehidupan' telah pun mereka laksanakan .. Tiba masanya aku bergerak sendiri .. tapi bagaimana ??? Dengan keadaan ekonomi yang teruk , sukar nak mendapatkan pekerjaan ..

Aku bergelar penganggur .. Setiap kali lagu Sudirman berkumandang di radio , aku pasti mengalirkan air mata .. Tahukan , masyarakat kita ni hanya memandang jika kita ini bertali leher .. memandu kereta mewah .. serta berpangkat tinggi .. Barulah tika itu bahu kita ditepuk dengan penuh rasa hormat .. Kalau penganggur ??

Aku percaya dan yakin , doa aku itu DIA mendengarnya .. Cuma entah bila dan bagaimana persoalannya.. Namun aku masih bersyukur kerana mempunyai tempat berlindung dan tempat menumpang kasih .. Tetapi aku perlu selesaikan semua ini agar mereka tidak risau tentang diri aku ..

Pada waktu itu , aku percaya dunia internet akan membawa perubahan pada diri aku ... Cuma waktu itu , aku tak nampak bagaimana ..

Aku memulakan kehidupan setelah jatuh tersungkur dengan bergaji RM650 sebulan ! Apa yang boleh aku buat dengan gaji sebanyak itu ?  Di tolak pada ibu bapa , tambang , hutang , makan .. berapa je yang tinggal ?

Mengeluh ?? tidak sesekali .. cari jalan .. tak kira bagaimana asalkan halal .. Rezeki Allah ada di mana mana ..  Percaya dan yakin padaNYA !

Wahai sahabat ku .. percaya dan berdoalah .. Sesungguhnya DIA MAHA ADIL LAGI MAHA PEMURAH ..

Jika satu hari nanti hidupmu senang , jangan sesekali lupa bahawa kehidupan ini satu pusingan roda.. hari ni kita di bawah ... esok kita di atas dan pasti akan ke bawah semula ... bersedia untuk hadapinya .. Inilah kehidupan di dunia ini .. Bukan semua senang walaupun nampak senang .. bukan semua susah walaupun nampak susah..

You May Also Like

3 comments

  1. sye suka entry En Ben yang nie;

    terutama part yang nie:


    " Aku bergelar penganggur .. Setiap kali lagu Sudirman berkumandang di radio , aku pasti mengalirkan air mata .. Tahukan , masyarakat kita ni hanya memandang jika kita ini bertali leher .. memandu kereta mewah .. serta berpangkat tinggi .. Barulah tika itu bahu kita ditepuk dengan penuh rasa hormat .. Kalau penganggur ??"

    sebab; sye pun penganggur :(

    BalasPadam
  2. Saat beginilah..bila kita rasa sudah boleh 'bernafas'..kita akan mengenang kembali siapa kita suatu masa dulu...

    dan ingatlah sentiasa memandang ke bawah supaya kita tak lupa diri bila sudah berada di atas...

    Allah pasti berada di sisi kita selagi kita sentiasa bermonon padanya di samping berusaha berdoa dan bertawakkal...

    BalasPadam
  3. terkadang kita terlupa... dan perlu disedarkan...
    terkadang kita diuji... sabar dan iman perlu dihati...
    BERSYUKURLAH.. dan ingat sentiasa pada-NYA..

    BalasPadam