Syaitan dapat ditangkap

by - Ahad, Oktober 10, 2010

Abu Darda r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bangun untuk bersolat , lalu ketika sedang bersolat , baginda berkata :

" Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " . Kemudian baginda berkata :

" Aku melaknat engkau dengan laknat Allah ! " sebanyak tiga kali sambil menghulukan tangan seolah olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat , kami bertanya :

" Wahai Rasulullah ! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya ( ketika sedang solat ) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan. "

Rasulullah s.a.w menjawab :

Sesungguhnya musuh Allah , yakni iblis , datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku, Maka aku mengucap : Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " tiga kali kemudian aku mengucap : " Aku melaknat engkau dengan laknat Allah !" akan tetapi dia tidak mengundur diri. Demi Allah ! Jika bukanlah kerana doa saudara kami , Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga pagi dan dijadikan mainan ana anak warga Madinah. - hadis riwayat Muslim dalam sahihnya , hadis no 542 (kitab al Masajid .. Bab boleh melaknat syaitan ketika sedang bersolat )


Berdasarkan hadis di atas , syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap , dikurung dan diikat. Hanya dari sudut syari'at tindakan menangkap , mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman a.s.yang telah dikemukakan sebelum ini .

" ( Sulaiman berdoa ) : Wahai Tuhanku ! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku : sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya " - shad 38:35

Berdasarkan doa ini , Rasulullah s.a.w tidak menangkap iblis sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan tersebut hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan di larang kepada selainnya termasuk Rasulullah dan umat baginda.

Bagi Rasulullah dan umat baginda , Allah akan mengikat iblis sekali setahun , iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila masuk bulan Ramadhan , pintu pintu syurga dibuka , pintu pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. - Sahih oleh al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas juga dapat kita bezakan bahawa orang orang yang memelihara atau mengunakan khidmat jin dan syaitan , mereka sebenarnya tidak mengikuti ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri mereka diikat dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka dapat menjerumuskan tuan mereka ke dalam kesesatan.

- dari buku 7 Tipu daya Syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus .

You May Also Like

0 comments