Tips nak guna teksi

by - Ahad, Oktober 03, 2010

 

Hurm... skang ni zaman mudah dapat duit .. Halal atau tidak saja menjadi persoalannya .. Tapi ada yang tak kisah ..

Bab teksi ni .. haih ... susah dah nak dapat pemandu teksi yang jujur ... Susah beb.. lebih lagi kat KL ni .. aku sendiri berkali kali kena.. naik je teksi , tingkap bukak .. aircond tak pasang .. bawak perlahan tapi meter cam air ..camana tu ? Takkan nak gaduh dalam teksi kot ? Buang masa je walaupun tu hak kita ..

Ok.. skang ni aku nak kongsi tips yang aku jumpa dalam suratkhabar tempoh hari .. 

PANDUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TEKSI

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.

Sediakan wang kecil secukupnya
Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini.

Pilih teksi yang menggunakan meter
Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.

Bincang harga terlebih dahulu

Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.

Simpan resit

Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.

PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.
MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:

• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Nombor kenderaan
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi

Aduan berhubungkait dengan perkhidmatan teksi boleh dirujuk kepada:

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP:
Web: http://e.kpun.gov.my/teksi/
Tel: 03 2698 5022,Fax: 03 2692 5096
Aduan & Maklumbalas Pengguna Teksi: http://www.kpun.gov.my/borang/maklumbalas.php

Semakan Maklumat Teksi: http://e.kpun.gov.my/teksi/info.htm

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC)
No.1D, Bangunan SKPPK, Jln SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Web: www.nccc.org.my , E-MAIL: nccc@nccc.org.my

Tel: 03 7877 9000, Fax: 03 7874 8097, SMS: 013 692 3826

sumber : Konsumerkini

You May Also Like

4 comments

  1. info yg mmg berguna...sya dh lama tk naik teksi...tp nk kena berhati2 jugak..mana la tahu suatu hari nk kena guna perkhidmatan teksi lak...

    BalasPadam
  2. en ben saya ade amik entri ni..

    http://www.infraklia.com/2010/10/tips-naik-teksi.html

    BalasPadam
  3. ben, untuk makluman ko kalo nak mengadu kena gi http://www.lpkp.gov.my

    kpun (kementerian pembangunan usahawan) tu dah lama x wujud.

    LPKP ni dulu bawah KPUN kemudian bawah MECD dan skang ni bawah JPM. dan akan bertukar ke SPAD (suruhanjaya pengangkutan awam darat)

    tq.

    BalasPadam