Wanita jadi MENTERI BESAR ?

by - Khamis, Oktober 21, 2010

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.

"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.

sambungan di > Kosmo


BA : Satu cadangan yang berani tapi bagi aku la kan.. bukan tak boleh , tapi tak payah la... biar je la wanita membantu lelaki.. Tugas tugas memimpin sesebuah negeri mahupun negara , serahkan je pada lelaki ... Wanita menjadi tulang belakang.. Itu dah cukup membantu ..

Antara faktor lain , bila wanita lebih lagi yang muda muda ni , nanti dah terlibat dengan politik , masa pon takde .. Bila dah takde masa , perasaan nak kawin tu , dah ilang sbb terlalu mengejar karier agar dapat pergi lebih jauh.. Alasan , nanti dah kawin , suami suruh duduk kat dapur jer ..

Bukan takde wanita berjaya memimpin.. tapi jumlahnya amat kecil sekali.. Kita tak tau bagaimana di sebalik tabir kejayaan mereka tu.. yang kita nampak kejayaannya.. Wanita harus fikir yang mana patut didahulukan .. Keluarganya atau kerjayanya ?

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

Tidak dinafikan wanita lebih bijak dari lelaki ( dari segi teori .. hehe ) namun dari segi emosional pula , wanita mudah terpengaruh berbanding lelaki .. Takut takut nanti , corak pentadbiran akan menurut kehendak emosi ..

Jadi , pendapat aku , biarlah wanita membantu lelaki .. MEMBANTU adalah satu tanggungjawab yang cukup besar ! Bukan mudah nak 'membantu' ... Biarlah lelaki yang layak saja memegang tampuk pemerintahan .. Mmg tugas lelaki kan mencari rezeki untuk keluarganya .. Jadi pemimpin pon satu pekerjaan. . Dibayar .. bukan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA semata mata atau SUKARELAWAN .. hehe..

Cukup cukuplah perintah si suami dirumah tu .. hehe.. Bagi yang dok beria mencari karier diatas dunia ni , cuba cuba la luangkan masa mencari cinta agar ada juga sudi mendoakan serta mensedekahkan pahala bila kita dah tiada di dunia ini.. Jangan sampai jadi andartu atau sampai ke tua tak kawin .. Rugi ...

Tak kemana pon kuasa dunia ni.. Lebih baik bahagiakan yang seorang yang kita cintai dari berkorban untuk sesuatu yang belum pasti lagi niatnya .. Lebih baik pegang senduk dari pegang cokmar.. Baru kena komplen ngan suami , masakan tak sedap pon dah terhiris hati , apatah lagi kena kritik di media-media sedia ada .. huhu

Wallahualam .. sekadar pandangan aku ...

You May Also Like

10 comments

  1. bagi aku senang je, Islam dah bgtau lelaki tu pemimpin. Kalau pompuan nak jadi peminpin tak jadi masalah tadi jadi pemimpin untuk kaumnya sahaja.Tapi kalau nak pimpin semua, lelaki la yang layak.

    BalasPadam
  2. Betul en ben..semalam time nengok tu, saya dah bagitau suami, tak sesuai perempua jadi pemimpin..cukup jelah perempuan membantu..untuk jadi ketua dan seangkatannya tak sesuai..ingat peranan isteri di sisi suami dan ibu pada anak2..lagipun perempuan memang cepat sangat ikut emosi....(saya akui pasal saya perempuan, kuat perintah, suka merajuk, ngada2...hahaha)

    BalasPadam
  3. rasa - rasa ade yg sentap tak?!
    aku?!
    no komen....

    BalasPadam
  4. slm kenal dr deena :)

    pmpuan xcantik jerit2 bg ucapan dpn khalayak ramai..

    BalasPadam
  5. saya setuju dengan Ben. Tersedak masa tgk berita mlm td. Walaupun saya perempuan, saya rasa tak perlu la wanita nak jadi Menteri Besar. Setakat pemimpin kecil tu, masih boleh diterima. Lebih bagus jadi pemimpin di rumah ketika suami pergi bekerja. Memimpin anak-anak tu lebih baik dan diberkati

    BalasPadam
  6. Kita ikut norma masyarakt..no komen.

    BalasPadam
  7. aku pernah dengar ustad kazim bg ceramah..
    Nabi Muhammad pernah bersabda...
    takkan berjaya sesuatu kaum tu kalau dipimpin perempuan..
    hmmm..

    BalasPadam
  8. Setuju dengan pendapat en ben kali ni. Biar la kerja2 memimpin negeri/negara diberikan kpd kaum Lelaki.Islam sendiri dah sedia peringatkan hal2 ini kepada penganutnya.Mengikut pembacaan & pengalamanku (sbg wanita), golongan ini sering berfikir & membuat keputusan mengikut emosi.Cukup la dapat pimpin anak2 menjadi insan berjaya & berguna. Itu lebih Mulia.....

    BalasPadam
  9. Menteri besar ok lagi kot jng minta jadi perdana menteri dah lah huru hara Malaysia.... Islam dah ckp lelaki adalah pemimpin jng nak dinafikan..

    BalasPadam