32 kesan tembakan pada kereta Aminulrasyid

by - Selasa, November 09, 2010

 

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati terkena tembakan, April lalu, ketika diperiksa seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.

Saksi Pendakwaan ke-24, Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Shaari Desa, berkata lubang atau kesan tembakan itu ditemui dari arah belakang di cermin belakang kereta, sisi belakang kereta, ekzos, tangki minyak, bawah kereta dan tayar.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, beliau berkata kereta itu diserahkan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Abd Halim Ismail pada 5 Mei lalu untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaannya, beliau menemui tiga jenis kerosakan iaitu kerosakan akibat pelanggaran, tembakan dan kerosakan lain.

Dr Shaari memberi keterangan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar dalam perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.

Jenain yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, pada jam 1.10 pagi, 26 April lalu.

Dr Shaari berkata, hasil pemeriksaan beliau menemui satu lubang peluru masuk dari arah belakang dengan anggaran sudut 13 darjah, dari kiri pada cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu.

-BHARIAN-

You May Also Like

14 comments

  1. adoiyai! tersasul la plak sebut Dr Shaari tuh....menjadi Ashaari la plak! ooppss! sori En ben ek...hehehe!

    P/S : tak habis2 kes bunuh nih..napa suka sangat bunu orang kan?

    BalasPadam
  2. adoiyai! tersasul la plak sebut Dr Shaari tuh....menjadi Ashaari la plak! ooppss! sori En ben ek...hehehe!

    P/S : tak habis2 kes bunuh nih..napa suka sangat bunu orang kan?

    BalasPadam
  3. aku bukan nak kondem polis tapi polis skarang memang tak ikut procedure la .

    BalasPadam
  4. gilebabb...
    dah la takde sebarang tindakan membalas dari suspek..
    polis tu bajet die dalam cite holiwud la kekunun..
    wak luu
    -_-''

    BalasPadam
  5. erm..tembak pakai pistol ke mesin gun?

    BalasPadam
  6. Tembakan yang begitu banyak...mesin gun ke?

    BalasPadam
  7. mak aii tembak orang kew nak tembak predator dlm cte alien tu ishhh kejam..

    BalasPadam
  8. BA: Byknya kesan tembakan tu.....

    BalasPadam