Amah Indonesia di dera lagi ..

by - Rabu, November 17, 2010

image

AKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam menyuarakan kemarahannya dan menuntut keadilan terhadap kes penderaan luar biasa pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi.

Sumiati binti Salan Mustapa (gambar), 23, kini stabil di sebuah hospital di Madinah tempat dia menerima rawatan sejak 8 November lalu selepas cedera termasuk di bibir akibat digunting.

Susilo berkata, beliau akan menghantar pasukan ke Arab Saudi untuk menyiasat kes itu, sehari selepas kerajaan Indonesia memanggil duta Arab Saudi bagi menyuarakan bantahan terhadap kejadian berkenaan.

“Saya ingin merakamkan rasa terkejut terhadap apa yang berlaku ke atas seorang rakyat Indonesia di Arab Saudi,” kata Susilo dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

“Saya sudah mengarahkan Menteri Luar mengendalikan kes itu secara serius. “Sumiati mengalami penderaan yang luar biasa. Saya mahu keadilan ditegakkan. “Saya mahu ia dilakukan secara diplomasi,” tambah Susilo.

Sumiati yang digunting bibir dan diacukan seterika panas ke tubuhnya adalah kes penderaan terbaru di kalangan pekerja Indonesia di Asia Barat. Wanita yang berasal dari Dompu di Barat Nusa Tenggara itu menyertai beribu-ribu rakan senegaranya ke Arab Saudi empat tahun lalu untuk mencari pekerjaan.

Seorang pegawai konsul Indonesia di Arab Saudi dipetik oleh akhbar Jakarta Globe sebagai berkata, isteri majikan Sumiati disyaki menyebabkan kecederaan teruk pada wanita itu.

“Berdasarkan gambar pada pasportnya, Sumiati boleh dikategorikan cantik.

“Isteri majikannya menderanya kerana cemburu,” kata Didi Wahyudi. - Agensi

-HMETRO-

You May Also Like

4 comments