Amaran hujan lebat di Pantai Timur dan utara Semenanjung

by - Isnin, November 01, 2010

 

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama

-UTUSAN ONLINE-

You May Also Like

5 comments

  1. ala.. tunggu la aku balik rumah mentua aku kat machang pastu baru la banjir.. nanti boleh cuti lama sket..
    hahaha


    >>My Latest Entry<<
    Controversy Goal From Nani Yesterday
    Lagi Kemalangan Bas Yang Membawa Maut
    Juara Piala Malaysia 2010 : Kelantan!!!

    BalasPadam
  2. UUM,sintok kedah pun banjir huhu T__T

    BalasPadam
  3. paras air dh nek pun s'setengah kaw kat klantan nie..sepanjang laluan dr kb ke g.musang, swh padi dah cam laut...

    BalasPadam
  4. dah pon kat area banjir tu.,..uum sintok..sabar je la..

    BalasPadam