Ayah rogol anaknya sehingga lahir 10 anak !

by - Khamis, November 25, 2010

 

Giler arr !! Adehh ... 

Lelaki Argentina dituduh rogol anak selama lebih 30 tahun

BUENOS AIRES: Seorang lelaki Argentina berusia 62 tahun ditangkap dan didakwa merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun dan menyebabkan anaknya itu melahirkan 10 anak, dalam kes yang "lebih teruk" daripada kes Josef Fritzl di Austria pada 2008, kata seorang hakim.

“Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.

Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun.

Tertuduh yang identitinya tidak dinyatakan, ditangkap Jun lalu kerana mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya itu yang kini berusia 43 tahun, melaporkan perbuatan beliau kepada polis walaupun diancam.

Wanita terbabit yang identitinya tidak dinyatakan, mendakwa beliau dipukul dan dirogol sejak berusia 13 di rumah keluarganya di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer ke utara Buenos Aires.
Palud berkata, perbuatan rogol itu menyebabkan wanita berkenaan mengandung dan melahirkan 10 anak yang kini berusia antara 7 dan 27 tahun dan hanya anak sulung yang mengetahui bahawa bapa dan datuknya adalah lelaki sama.

“Ia lebih teruk daripada apa yang berlaku di Austria,” katanya merujuk Josef Fritzl yang dihukum penjara seumur hidup pada 2009 selepas mengurung anak perempuannya selama 24 tahun dan memperoleh tujuh anak serta membunuh seorang daripadanya. - AFP

-BHARIAN-

You May Also Like

49 comments

  1. binatang bertopengkan manusia...huhu

    BalasPadam
  2. kejam punyer bapak. hoh

    BalasPadam
  3. "Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun"

    pergh..tak berbaloi betul!

    BalasPadam
  4. aaaaaaaaaaaa..gileeenyee die =.='

    BalasPadam
  5. Nau'zubillah...jgn la ada kat Malaysia orang2 macam nie...

    BalasPadam
  6. datuk dan bapa yang sama?? parah -__-

    BalasPadam
  7. haruan makan anak sampai anaknya lahir 10 orang.. hantu betul.

    BalasPadam
  8. sadis giler dunia zaman sekarang. Kiamat dah hampir kot.. :(

    BalasPadam
  9. nie mmg da terlebih gila....da beraja syaitan dalam dirinya...

    BalasPadam
  10. pening dan nak trmuntah bila baca kes baca rogol anak..tambah2 yg sampai lahirkan ank.
    fuh!!

    BalasPadam
  11. ajer giler!!

    jemput masuk blog baru ai...
    www.mimie1678.com

    thanks!

    BalasPadam
  12. ewww kejamnye..rogol smpi beranak pinak anak sendiri lak tu..adeh..mintak dijauhkan la dari org mcm ni =_=

    BalasPadam
  13. jahat nyer manusia zaman sekarang mengalahkan haiwan...

    BalasPadam
  14. ayah mu adalah datuk mu. macam mane tu? boleh wat drama bersiri kot. hahaha

    BalasPadam
  15. makin byk citer pelik.. dah akhir zaman.. masyaAllah...

    BalasPadam
  16. bagusnya..ramai yang tunjukkan reaksi marah...tapi iktibar jangan lupa ya sekalian..(^_^)...

    ...itu orang yang dah terang-terang kafir...so janganlah kita hairan sangat...

    ...sebaiknya dielakkan perkara ini daripada berlaku di kalangan kita sendiri.. so, dengan tujuan itu... pergaulan hendaklah dibataskan...

    ...sekarang ni iman manusia bagaikan senipis kulit bawang... hendaklah sedaya upaya dihindari jalan yang membawa ke arah perbuatan seperti ini...

    ...sama-samalah kita ambil iktibar ya...mudah-mudahan kita semua selamat di dunia dan akhirat...

    Amin...(^_^)

    BalasPadam
  17. betul kata Pendekar berkuda tue...

    selagi IMAN di dada insyaallah kita blh fikir mana baik mana buruk.

    BalasPadam
  18. gilor+kejam sungguh...apa pnya da org cmtu ish2

    BalasPadam
  19. kalau macam ni punya orang, penjara pun tak sama dengan kejahatan yang dia buat...

    kalau salah guna tangan (eg mencuri) boleh potong tangan, kalau salah guna tut..tut.. boleh potong itu barang? kasi buang terus...

    BalasPadam
  20. gila lah die nie!!! satu anak pn x kantoi.. !!!

    BalasPadam
  21. mcm2 zaman skrg..anak sendiri pu dia balun

    BalasPadam
  22. jijik btol...
    xthu nk kate pe..
    2 bkn org islam..
    lau org islam mmg kne laknat allah dh ni..

    BalasPadam
  23. dekat negara kita pernah berlaku tapi tak sampai keluar 10 anak..huhu..kejam..bapa binatang ni

    BalasPadam
  24. nanti anak2 tu nak pggil laki tu ape?ayah atau datuk?? *haishh*

    BalasPadam
  25. DASYAT BETUL KEJADIAN TERSEBUT.......

    BalasPadam