Bahasa alien dan cik adik cik akak

by - Ahad, November 07, 2010

 

Hurm ..terima kasih atas segala komen korang tu.. terharu aku baca.. celik mata tadi terus tengok blog.. hahaha... nak wat camana kan .. kang biar berkarat kat situ , tak best lak ..

Ops.. Salam dan selamat pagi.. hehe..sementara aku masih ingat nak taip apa ni , baik aku taip dulu.. Ada pertanyaan dalam entri lepas , justify , bahasa alien , cik adik dan cik akak tu .. Penggunaan bahasa penting untuk mendidik pembaca  kita terutama buat yang masih belajar .. Kita  tak tau sapa yang blog kita ni ..Jadi penggunaan bahasa standard 'menyelamatkan keadaan' ..

Penggunaan bahasa standard mmg tidak akan membuatkan blog kita tu popular  tetapi ianya juga mampu menjadi SEO yang baik dalam blog kita .. Mampu menjana trafik disebabkan beberapa keywords yang kita 'tak perasan' ..

image

Jangan lupa , bila menjadi blogger , kita sendiri secara automatik menjadi 'pendakwah kepada pembaca .. Segala tulisan kita , yang baik akan mereka 'dengar dan ikut' dan yang buruk mereka jadikan sempadan ..

Ok ? Terpulang pada citarasa blogger masing masing .. Aku bukan nak mengajar atau nak menegur .. Aku sekadar memberitahu apa yang aku tahu .. Nak ikut atau tidak .. blog masing masing ..

Penggunaan widget ni .. Mmg cantik blog .. serius , aku pon suka tengok .. cuma kita kena 'bertimbangrasa' kepada pembaca sbb masalah loading .. Ada pembaca (ramai woo ) mempunyai masalah internet yang lembab .. Bayangkanlah jika ada 'suara suara kecil ' yang memberitahu blog  kita tu best dan 'yang mendengar' tu tertarik kemudian masuk laaaa ke blog korang tuu.. Tapi bila masuk , macam macam 'souvenir' ada dalam blog tu .. Nak amik tak boleh.. tengok je la.. tapi sebelum tu , agak terseksa nak tunggu abis loading..Korang rasa kalau gitu keadaannya , apakah akan mereka kembali lagi ? 

Cik adik dan cik akak tu maksud aku ialah widget awek awek yang berdiri kat kiri kanan blog tu .. Dan banyak lagi la... Serius , ramai akan menekan butang pangkah kalau jumpa blog blog yang banyak widget ni .. Aku tau ada amalkan konsep ' pedulik apa aku.. blog aku ' ... tak kisah .. blog masing masing .. tapi janganlah dok garu kepala ' kenapa blog aku tak ramai orang baca ek ? "  .. Ok ?

Tu je la.. untuk blogger blogger baru .. jap lagi ada satu segmen khas buat korang .. tunggu nanti yer .. Terima kasih kerana sudi singgah sini .. Harap maaf atas 'kekasaran' bahasa aku yg mana mungkin ada yang terasa dengan entri ini atau yang lepas ..

Bukan nak mengajar , bukan nak menegur tapi sekadar berkongsi pengalaman ..

You May Also Like

19 comments

  1. sokong2... byk sgt bling2 smpai takleh nk baca

    BalasPadam
  2. Dah buang byk widget2 dalam blog..
    tp tak tawla masih berat ke tidak..humm

    BalasPadam
  3. Terima kasih Ben....inilah teguran yang pertama sekali aku terima daripada Ben ketika mula-mula berblog (mengenai widget kanan dan kiri tu) sehingga pemilihan warna dalam blog aku pun Ben memberikan pandangan dan warna hijau itu adalah cadangan daripada beliau....dan sekarang inilah hasil blog aku (borakkosong.com).Kepada yang baru ambil cadangan yang membina agar blog anda menepati citarasa anda dan pembaca(anggap pembaca sebagai tetamu dan sebagai tuan rumah wajib kita melayan tetamu dengan sempurna agar mereka selesa )...selamat berblog daripada borokkosong.com

    BalasPadam
  4. Kome blogger kecil kecilan..hhehe!

    BalasPadam
  5. Salam n morning Mr Ben Tan...Esok isnin kan..yesssss....wahhh, tetiba jeee, penggsannn!...

    BalasPadam
  6. Selamat pagi ben

    Pagi pagi capai blackberry
    Belum gosok gigi dah tengok ben ashaari
    Teguran dan komen tersemat dihati
    Buat pedoman di kemudian hari

    BalasPadam
  7. cik adik & cik akak tu memang menggangu... kadang kadang sampai lindung tulisan/text kat blog, nak baca pun susah

    BalasPadam
  8. Memang betul tu Bro ben, sebab benda tu cantik tapi akan melambatkan loading dan kdg2 keinginan untuk tinggalkan jejak ada tapi kerana benda tu menghalang...

    Thanks sharing ni, harap2 yang ada benda tu, bolehlah memikirkan untuk membuangnya..hehe

    BalasPadam
  9. erm betul tu en ben..dulu eka ske tmpal widget lip lap sane sini..bkn pe,sonok...cntik..siap bela kucing lagi dlm belog..haha....tp setelah lame2 tgk,widget ni memberatkan lagi belog,jd eka pon padam segala apa yg ada dlm belog n skang tinggallah belog yg simple..siap...senang..mudah..

    BalasPadam
  10. erm betul tu en ben..dulu eka ske tmpal widget lip lap sane sini..bkn pe,sonok...cntik..siap bela kucing lagi dlm belog..haha....tp setelah lame2 tgk,widget ni memberatkan lagi belog,jd eka pon padam segala apa yg ada dlm belog n skang tinggallah belog yg simple..siap...senang..mudah..

    BalasPadam
  11. zila pun dah buang byk widget sebab byk blogger kata tak perlu :)

    kesian pada yg internet slow

    BalasPadam
  12. Salam...
    sy pkai berukben C yg sgt slow..so kalau bukak blog yg ada awek dok brdiri kiri kanan tu mmg sy out terus la..dh la nk baca pon susah..huhu..terlindung artikelnya, pastu yg letak en.nuff terapung kt tengah2 alam tu, mmg menyakitkan mata..huhu.. sy ni masuk blog org bukan semata2 BW, tp sy suka mmbaca...bila dh jadi mcm ni jwbnya mmg awal2 lg la sy pangkah blog trsebut. sekian terima kasih. :)

    Penulis gallerymuslimah.com

    BalasPadam
  13. cik abg dan cik kakak tu jadi bodygurad..hohoo...
    >.<

    blog saya berat tapi tktahu nak buang apa lagi =.=

    latest entry : magic memang real | magic show at uia nilai

    BalasPadam
  14. cik adik cik akak tuh y suk amek... wanda x nak pon tpi cute sangat kan... pompuan...

    BalasPadam
  15. Dulu Shag ada upah Alvin and the Chipmunks jaga belog Shag. Tapi, bila sendiri nak bukak page sendiri kena tunggu lama utk habis load, terus Shag buang :P

    BalasPadam
  16. BA: Spi skrg pun masih belajar......:)

    BalasPadam
  17. wokeyh!
    thx reminding..
    misi meringankan blog pown bermula ~
    hahaha

    BalasPadam
  18. saya baru join blog.. bila baca entry ni baru tahu selaga hiasan bagai tu nyusahkan even cute.. hihihi thanks abg Ben!!

    BalasPadam