Berblogging tidak berbaloi ?

by - Sabtu, November 13, 2010

 

Aku terbaca satu entri seorang kawan blog yang kebetulan dia berada dalam blog list aku pasal blogging ini .. Itu pendapat dia ..hehe.. tak pe.. masing masing punya pendapat ..

Aku dah setahun berblog.. Niat berblog pada mulanya mmg suka suka .. tapi bila aku tau berblog boleh menjana pendapatan sampingan , aku mencubanya .. Apa salahnya aku cuba kedua dua nya , kan ? Sayangnya seperti dia juga , aku mula mula berfikiran begitu .. Tidak berbaloi ..  Hampa ..

Namun ada seorang kawan aku , memberitahu teknik berblog yang mana aku gunakannya secara 'terbalik' .. Dia mintak aku betulkan ... Katanya sangat mudah.. kalau kawan dia tu boleh dapat , mengapa aku tidak ?

Berbaloi ? Aah .. sangat berbaloi .. bukan dari segi $$ saja tapi macam macam .. Dengan berblogging , aku kenal ramai kawan .. Aku pergi mana mana tempat saja pasti ada kawan disitu .. Terbaru , aku ke Terengganu , KAK NOR SECUBIT GARAM mempelawa aku dan wife ke rumah dia .. Johor , MAT GEBU .. KUANTAN , KAK UMMI ZAIHADI dan banyak lagi ..

Kalau kita berblog untuk mencari $$ , pastikan blog kita itu mmg dibuat khas untuk $$ .. Kalau untuk suka suka , pon gitu jugak .. Kalau nak dua dua , maka apa saja yang datang .. terima jer ..

Sebenarnya dunia blog ini besar ... Kita cuma disekat dengan kepopularitian blogger blogger tertentu saja .. Terlalu ramai lagi blogger di luar sana yang menjana pendapatan sampingan yang tinggi tapi low profile..  Tak berminat untuk mengejar populariti ..

Kesimpulannya .. berbaloi atau tidak , segalanya bergantung pada cara kita berblog .. Seperti meniaga kedai makanan , kalau masakan sedap tapi tak de orang , tak guna .. Kalau masakan tak sedap  tapi ramai orang , berbaloikah ? Kalau dua dua faktor tu ada , lagi puashati bukan ?

Sikit sikit lama lama jadi bukit .. Jangan pandang 5 angka... mulakan dengan satu angka kemudian 'ternak' agar jadi 5 angka..

You May Also Like

17 comments

  1. Salam BA..memang btul tu..usaha tanggan kejayaan..rezeki orang lain-lain..yang penting jgn putus asa..hik hik

    BalasPadam
  2. Rezeki takkan dtg bergolek.. apapun kena usaha. nak capai apapn dlm hidup tnpa usaha x kn berjaya...

    BalasPadam
  3. btul, banyak faedah yg dapt drpd berblog, bukan hnya kerna duit semata2.. tu la dunia skarng, semunay tgk duit je.. apa2 pn, berblog ni best, info dapat, kawan dapt, kalau yg bertuah duit pn dpt.

    BalasPadam
  4. Setuju sgt2.. blaja susah baru kita akan hargai kesenangan nanti.. :)

    BalasPadam
  5. senang cerita. Kalau berblogging untuk duit, tapi usaha yang dibuat tak sebanyak apa yang kita nak, maka memang tak dapat lah. Betul?

    Terbaru >> 1) Nuffnang Premiere Screening - Skyline 2) Iklan Melayu Cadburry 3) Tipikal Drama Melayu

    BalasPadam
  6. en ben, so far ni takde angka lagi...but still, blogging gak lagi. If nak harapkan $, mmg dah lama give up da. Tapi pikir nak jadikan as tempat nak luahkan apa yang tak terluah lgi senang mcm tuh. ha3

    BalasPadam
  7. sebenarnye, blog byk menghasilkan proges yg positive dlm life puteri selain, $$$.. bukan hya kerana $$$$ tetapi, kite juga dpt kawan, info, kematangan, dan byk lagi.. ANDA BUAT, ANDA DAPAT.. heeehe.. ;)

    BalasPadam
  8. Terima Kasih En. Ben..!! Atas MOTIVASI ini...

    BalasPadam
  9. BA: Teruskan blogging. 5 angka x kan dtg tanpa bermula dgn 1 angka....

    BalasPadam
  10. Totally agreed.. bila kita buat apa yang kita suka, duit akan menyusul kemudian..

    BalasPadam
  11. biasalah blogging pn ada period gak...time xdpt feedback akan fikir gitu, tp syukur la Mr.IX 2 1/2 tahun blogging ni, walaupun followers tak la beriban-riban mcm En.Ben ni..tapi tetap gigih blogging...jadikan Blogging sebagai Hobi...baru enjoy!

    BalasPadam