Gaduh di Galas dan mangsa banjir terus meningkat

by - Khamis, November 04, 2010

 

Proses pengundian di DUN Galas dicemari insiden pergaduhan

GUA MUSANG: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya - BERNAMA

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 28,000

ALOR SETAR: Bilangan penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri ini meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam tadi, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah.

Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan banjir di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan berkurangan.

Di Kubang Pasu, seramai 15,637 penduduk daripada 4,347 keluarga kini dipindahkan, manakala di Padang Terap seramai 3,219 orang masih berada di pusat pemindahan, Kota Setar melibatkan 1,788 penduduk, Pokok Sena (1,259 orang) dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga 9 pagi ini sebanyak 104 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya, keadaan banjir di Padang Terap bertambah baik dengan 774 orang daripada 274 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kota Setar pula semakin buruk dengan paras air semain naik walaupun hujan telah berhenti.

Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula semakin digenangi air menyebabkan lalulintas sesak.

Selain itu beberapa kawasan kediaman juga berdepan dengan gangguan bekalan air, termasuk terputus bekalan. - BERNAMA

 

-BHARIAN.COM-

You May Also Like

8 comments

  1. sama2 kita doakan keselamatan mangsa banjir...

    BalasPadam
  2. kenapa nak gaduh2?Tunggu dan lihat jer result nya nanti..SatuMalaysia erk?

    BalasPadam
  3. gado tu biase la bro:)
    btl ckp gayah, same2 kite doakan rakan2 kite yg sedang di timpe musibah.

    p/s: bro, den tag lu bro kt blog.

    BalasPadam
  4. salam ben...kina 1st time dtg sini. dan dah follow blog awk. menarik disini...

    BalasPadam
  5. entah mcm mna keadaan kat Batu Sapi pulak...

    BalasPadam
  6. yang suka gaduh2 nie penyokong je, padahal bukan depa yang mengundi pun, buat semak je p ramai2 pastu gaduh2. orang atas relax je, penyokong lak lebih2 kan,bukan dapat pe pun,

    BalasPadam