Jangan gurau gurau sama saya ! Nanti bunuh u !!

by - Selasa, November 09, 2010

 

Bukan aku laaa ... Ni haa..  orang vietnam ni ... gurau gurau , pastu gaduh .. pastu main tikam tikam.. dia ingat star wars ke apa ?

 

Warga Vietnam mati ditikam rakan selepas bergurau

JITRA: Mula-mula bergurau, kemudian bertengkar, lepas itu kena bunuh, demikian nasib yang dialami seorang warga Vietnam yang mati ditikam rakannya di asrama pekerja di Pekan Jitra 2 malam tadi.
Nguyen Banthey, 24, ditikam sekali di dada kirinya dengan pisau oleh rakannya yang berumur sekitar 30-an.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin, berkata mangsa dan suspek sebelum itu sedang berbual-bual sambil bergurau di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat itu yang dijadikan asrama pekerja, kira-kira 9 malam sebelum kedua-duanya bertengkar sehingga berlaku pembunuhan.

Lima warga Vietnam termasuk mangsa dan suspek menghuni sebuah bilik bangunan itu. Mereka adalah pekerja kilang membuat topi keledar di Sungai Korok.

Sawaludin berkata, suspek melarikan diri selepas kejadian itu tetapi ditahan polis ketika sedang berjalan seorang diri kira-kira satu kilometer dari asrama berkenaan.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga yang lain itu untuk disoal siasat. Bangunan rumah kedai tersebut disewa oleh pihak kilang itu untuk menempatkan 15 pekerja yang kesemuanya warga Vietnam. - BERNAMA

- BHARIAN-

You May Also Like

11 comments

  1. dulu jadi minah kilang,ade pekerja dgn v ni


    ade yg memang baran,boss mmg SGT2 garang dgn dieorg

    lagi 1,lelaki v ni xblh terima arahan perempuan..ego rasenya

    BalasPadam
  2. teringat lak kisah budak2 berebut remote tv
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  3. ntahlah..agaknya dia org ni dah biasa kehidupan macam tu kat negeri depa...selalu jadi macam ni

    BalasPadam
  4. .tersangat la ganas. sembang-sembang, gaduh-gaduh, then bunuh-bunuh. wow. takot. huhu

    BalasPadam
  5. aaa...nyawa skarang mmg tak ada nilai kan..

    BalasPadam
  6. hehe dengar berita nie kat tv tadi....

    BalasPadam
  7. @Peri PiASOLEHkn diri insyaAllah yg SOLEHAH menanti!

    BalasPadam
  8. inilah yang dikatakan bercakap dengan ayam dan itik..hehehe
    comel betui depa 2 org tu

    BalasPadam
  9. aduh..ingatkan Mr Ben marah LM pasal puisi main2 LM tadi tu..jangan marah eii LM gurau je tau.

    BalasPadam