Jangan lupa .. ada mata memandang ..

 

Salah satu risiko paling besar dalam dunia blog ni ialah ketelanjuran kata ..

Mmg benar ada yang berblog ni suka suka .. Ada yg nak cari jadikan tempat pendapatan utama atau sampingan .. Macam macam niat .. Segalanya terpulang pada individu tu sendiri ..

Cuma satu perlu tahu , di Malaysia ini , bab ni masih lagi dikawal ... bukan boleh main sedap bercerita jer .. Silap tulis , ISA ... Silap tulis , terpacak pak polisi.. tu kalau berkaitan isu negara .. Kalau isu umum ?

Aku sendiri kalau boleh nak je tulis ikut suka tekak aku .. Main sedap je lepas... Dulu aku pernah buat gitu .. tapi ada sahabat sahabat menegur .. Blog kita ni pelbagai golongan membacanya .. Hari ni mungkin takde , esok lusa ? takkan kita nak buat blog untuk hari ni jer ? Atau kena ingat gak , kalau kita ada anak nanti ? Takkan diorng nak tengok segala kata kata kurang manis orang tuanya ?

Bukanlah nak jaga hati orang tapi kita nak jaga air muka kita gak .. Nak perli atau sound tu gunakan kebijaksanaan .. Ada cara .. dah cukup cantik orang dulu dulu buat peribahasa , perumpamaan atau pun guna je pantun.. hehehe..

Boleh nak tulis apa saja .. Blog kita .. tapi apa yang kita tulis , kita kena bertanggungjawab !

30 ulasan:

  1. Kura-kura naik perahu
    Sungguh benar kata-kata mu itu

    Hehehe...ate, suruh berpantun, mama pantunlah. Dua kerat pun jadilah ek...

    BalasPadam
  2. perli guna pantun? waah! comelnya! haha.

    BalasPadam
  3. sama-sama kita jadi blogger yang bertanggungjawab :)

    BalasPadam
  4. aa. dulu nurul cakap ikut suka anak tekak je. tu pasal delete blog dulu. malas nak cek satu satu sebab tau sangat banyak bahasa yang er er hahahha. biasa la darah muda.

    BalasPadam
  5. betul tu, sebab yang membaca berbilang bangsa..=)

    penjagaan kata amat penting.

    BalasPadam
  6. salam..

    memang benar katamu ben 10..ops ben shaari :)

    BalasPadam
  7. betul2x.pernah ada pengalaman kwn2x.boleh bergaduh sebab dok perli memerli dlm blog.

    BalasPadam
  8. ye sungguh benar kate2 en ben itu..
    ish eka mmg x brani nk tulis pasal bnde bukan2 yg mnyntuh sensitiviti perkauman,politik,artis2...dek dbuat ade yg x berpuas hati.hah sndiri tggung la..huuuuuuuuuu

    BalasPadam
  9. err..dulu penah terjadi macam tu..biat hati bukan nak memerli pun sebenarnya tapi mungkin ayat tu nampak macam tu kot, tiba2 dah ada orang terasa. huhu. sampai skang tak tau sape dia.. memang insaf jugaklah lepas tu..

    BalasPadam
  10. betul tu ben.. pendek kata memang kena jaga segala.. kalau boleh ada penasihat undang2. lagi bagus

    ben, tolong vote untuk limau yer dalam nokia socialista. doakan limau berjaya menang dengan vote ni. cara nak vote mudah je http://bit.ly/undilimau

    p/s:agak2 takde idea nak tulis entry, tulis pasal voting limau nie pon best. we really appreciate that

    BalasPadam
  11. sgt setuju en.ben.. menulis sesuatu itu biarlah beradab, asalkan maksudnya sampai..

    dan, org dulu dulu mmg kaya bahasanya.. m'gunakan bahasa yang berlapik dalam menyampaikan maksud.. :)

    BalasPadam
  12. yeah..btol tuh..kadang2 kna jgak jaga nama pihak2 lain..

    BalasPadam
  13. mula insaf:[..
    hehehehe..
    nak guna kte2 pujangga la lepas ni..

    BalasPadam
  14. satu peringatan yang sangat baik .. harap semua orang ambil perhatian.
    kalau kata2 mungkin orang akan lupa, tapi kalau dalam bentuk tulisan, ia akan menjadi satu rekod yang tidak dapat dinafikan.

    BalasPadam
  15. agreed.. yang baru2 macam saye ni, belajar dari yang lama2 laa.. :)

    BalasPadam
  16. ye betol
    nak2 lagi sekarang ni dah berlambak orang yang suka baca blog
    salah tulis, nanti takut orang salah faham

    BalasPadam
  17. tinggal beberapa min lagi..keh3

    BalasPadam
  18. bak kate pendekar dulu2.. terlajak perahu blh diundur.. terlajak kata kerislah jawabnya.. hiyahhh...

    BalasPadam
  19. yup!!!
    dat`s true..
    fully agree wif u!!

    BalasPadam
  20. nasihat yg bagus.... lpsnie kita guna bahasa kiasan plak... boleh memartabatkan bahasa melayu lama..

    BalasPadam
  21. alamak..agak-agak kasar tak tegur guna gaya bahasa ni--->

    http://aida2aku.blogspot.com/2010/11/mari-bercerita-tentang-sikap-sifat.html

    saya budak baru belajar,
    ada salah tolong tunjukkan.. :)

    BalasPadam
  22. sangat betul la en. ben..kata owang lama..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata..buruk padahnya..bak kata nabil plak..lu pikirlah sendiri..eheks..

    BalasPadam
  23. Betul apa kata En.Ben.Kadang2 ada juga blogger yang mengalu-alukan kedatangan pembaca dengan kata2 yg tak sepatutnya.Terus tak jadi baca entry.

    BalasPadam
  24. ben.

    mai sini
    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/11/nak-tahu-takberapa-umur-sebenar-ben.html

    BalasPadam
  25. Selagi kita bernyawa si mana saja kita berada ada insan yg memerhatikannya. So watch out!!!!

    BalasPadam
  26. happy birthday encik ben :)

    semoga panjang umor dlm beribadah + sentiasa dimurahkan rezki

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.