Jutaan terima kasih pada semua yang sudi ..

by - Ahad, November 28, 2010

 

Terharu .. bila lihat undian di BLOG PILIHAN MALAYSIA kategori BLOG SUAMI PILIHAN , blog BEN ASHAARI , menduduki tangga teratas buat masa sekarang dengan undian 538 dan paling hampir ialah 107 undian .. Sangat jauh jaraknya .. Wow.. aku tak sangka menjadi pilihan.. Sebenarnya aku tak harapkan apa apa pon .. Aku mintak dijauhkan segala pujian agar kerana aku tak mahu lupa diri ..

Cukuplah bagi aku berblog ini aku dapat pendapatan sampingan untuk membantu keluarga aku dan aku sendiri membina kehidupan yang lebih sempurna di masa sekarang dan akan datang ..

Aku dah cukup gembira dengan keadaan sekarang di mana skarang ni blogger blogger baru dah mampu bergabung tenaga bantu membantu sesama sendiri .. Bercerita dan berkongsi maklumat dalam blog masing masing sambil mencuba mendapatkan wang poket secara sambilan .. kan ? Tak guna nak bergaduh atau bertekak ... sama sama makan .. Sapa rajin usaha dan kreatif dia lebih berjaya .. Tak perlu ada perasaan hasad dengki ..

Dunia glamer memusnahkan kita .. Ingatlah ... dunia glamer tak menghalang maut dari menghampiri kita .. Biarlah sederhana dalam apa jua yang kita buat ... 

Berbalik dengan undian tadi tu .. sapa yang berminat nak mengundi , bolehlah menjengokkan diri kat sana .. Nah.. ni linknnya .. BPM .. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENYOKONG SEGALA SEGMEN AKU SELAMA INI ! KERANA KAMU SEMUALAH AKU MASIH LAGI DISINI !

You May Also Like

26 comments

  1. saya undi! hehe..
    mmg patut pun kalau menang. hehe :P

    BalasPadam
  2. Tahniah En.Ben... anda mmg layak....
    betul tue puji-pujian yg berlebihan boleh buat kita riak.. minta dijauhkan....

    BalasPadam
  3. tahniah abang ben..hope abang ben akan menang

    BalasPadam
  4. salam..

    abag ben...saya baru lepas undi abag ben...

    BalasPadam
  5. tahniah abg ben.
    dah undi abg ben!

    BalasPadam
  6. abg ben memang layak utk menang larh! ^_^ hehe go..go..

    BalasPadam
  7. apa hadiah dia eh? ada tak ala ala award n lalu karpet merah? hihi

    BalasPadam
  8. Tahniah ben..

    semoga angka undian tu terus meningkat.....

    BalasPadam
  9. hehe..bro salah kira tuu..bukan 107, tapi 108 kalau kira ngan entri Suka Awak..eh, Awak punye Blog

    hehe..tahniah bro!!

    BalasPadam
  10. tahniah bro.. bro layak untuk menang anugerah tu :D
    anyway ur welcome and thnks again untuk semua segmen2 yang bro pernah buat walaupun x semua sy join :)

    BalasPadam
  11. best lah post 2. adored so much . ;)

    BalasPadam
  12. undi jgn tak undi...1 undi untuk ben

    BalasPadam
  13. Salam Ben,
    akak dah undi semalam dan buat satu n3 khas untuk ben dan bloggers pilihan akak. InsyaALLAH, berjaya. Jasa dan budi mu tetap dikenang.

    BalasPadam
  14. slm.......tahniah en ben.....best man win..hehee..smoga berjaye ea =)

    BalasPadam
  15. sedikit catatan untuk dibaca..

    blog dan silaturrahim

    http://iqbalhakimi.blogspot.com/2010/11/blog-dan-silaturrahim.html

    BalasPadam
  16. tahniah abg ben. teruskan usaha. keep it up!

    BalasPadam
  17. mungkin berminat nak baca pasal blog dan silaturrahim..btw,tahniah mr.ben =)

    http://iqbalhakimi.blogspot.com/2010/11/blog-dan-silaturrahim.html

    BalasPadam
  18. insyaAllah menang tu!

    masinlah mulut kita ^_^
    ati dah undi Ben

    BalasPadam