Kebodohan yang tak dijangka tapi ..

by - Rabu, November 17, 2010

 

Manusia.. tidak lari dari melakukan kesilapan .. Kesilapan yang berulangkali dilakukan cuma berlainan jasadnya ..

Tiap kali berlakunya kesilapan itu maka seluruh dunia pasti tahu akan dosa itu .. Tercatit juga di dalam kitab suci kita namun masih juga melakukan angkara tersebut ..

Mengapa ini berlaku ? Perlukah kita seringkali menuding jari pada syaitan ? Pada iblis sedangkan berulangkali kita diberitahu akan kehadiran lahanat lahanat ini ?

Bila terantuk , pastinya baru menyesal.. tapi berapa kali akan kita pandang kebelakang untuk melihat kekesalan tersebut ? Sekali pon susah bukan ? Malah pastinya kita akan melakukkannya lagi sungguhpon sudah melafazkan kata taubat ..

Itulah manusia.. Sampai bila ? Perlukah diusung keranda untuk menyedarkan kita betapa kubur melambai lambai untuk mengapai kita dan api neraka sedang menunggu masa untuk menjilat tubuh badan kita ?

You May Also Like

4 comments

  1. Uncle Ben tido2...Sok raya lah!! Kang tidor waktu kutbah lak! ekeke...eh2..nak duit raya bole?? =p

    Selamat Hari Raya!!

    BalasPadam
  2. abg ben..esok bangun g solat raya ok..hehehe..selamat hari raya aidiladha..mai la singgah umah kat kulim kedah..

    BalasPadam
  3. itu lah yang bernama manusia..
    manusia mudah lupa. sbb itu sering melakukan kesalahan yg sama..

    juzt bg pendapat - saya juga manusia yg melakukan kesilapan..

    selamat hari raya aidiladha

    BalasPadam
  4. kerana itu manusia dikurniakan akal dan fikiran oleh Tuhan supaya dapat menilai dan memilih sendiri jalan y hendak dituju

    BalasPadam