Kelantan Dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010

by - Rabu, November 03, 2010

 

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama selepas 55 tahun, pasukan bola sepak Kelantan, atau dikenali dengan nama "The Red Warrior", meneruskan kecemerlangan mereka apabila meraih lima daripada tujuh anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.

Pada majlis anugerah yang diadakan di sini pada hari Selasa, penyerang berbisa skuad itu, Norshahrul Idlan Talaha, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga dan Penyerang Terbaik musim ini.

"Ia satu anugerah yang cukup bermakna dalam kerjaya saya. Saya akan terus melakukan yang terbaik. Selepas bersama pasukan kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lepas, sasaran saya kini adalah untuk membantu Malaysia di Sukan Asia Guangzhou," kata Norshahrul di sini.

Pada majlis itu, beliau menerima piala dan hadiah berupa wang tunai RM3,000 untuk Anugerah Pemain Paling Berharga, serta piala dan wang tunai RM500 untuk Anugerah Penyerang Terbaik.

Selain itu penjaga gawang pasukan itu Khairul Fahmi Che Mat turut meraih dua anugerah di mana beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Sementara itu, B. Satianathan yang membimbing kejayaan penuh bersejarah pasukan Kelantan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pemain Tengah Terbaik dimenangi oleh Baddrol Bakhtiar daripada pasukan Kedah, manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak daripada pasukan Negeri Sembilan menerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Majlis anugerah itu turut memberi tiga anugerah sampingan iaitu Anugerah Kelab Terbaik kepada Johor FC, Persatuan Bola sepak Selangor (Anugerah Persatuan Bola sepak Terbaik) dan Persatuan Bola sepak Kedah (Anugerah Kelab Penyokong Terbaik).


-BERNAMA-

You May Also Like

9 comments

  1. Tahniah Pasukan Kelantan..
    Harap2 thn depan anugerah penyokong terbaik milik penyokong Kelantan lak..ekek.. :D

    BalasPadam
  2. hmmmm
    tahniah pade Kelantan

    yeaaahhh
    congrat to aidil
    maju n9

    BalasPadam
  3. tahniah RED WARRIORS...

    ~~GOMO KLATE GOMO~~

    BalasPadam
  4. s kunalaan lagi best dari badrol bakhtiar.tu je yg den x pueh hati.hehe

    BalasPadam
  5. adat pertandingan menang, kalah..
    ape2 pon majulah sukan untuk negara Malaysia..yeah..huhu
    tahinah klate...senyum sukmo yak..hihi

    BalasPadam
  6. erm..mmg layak pon dorank terpilih...badrol baktiar mmg terbaik, cayalah kedah dapat fan terbaik, tak sia2 malelak kat stadium

    BalasPadam
  7. uuu..sikit je duet depa kasi..nape kalo industri hiburan nye anugerah msti mnyak duet kasi..erkk..kesitu lak:p

    tahniah klatew!!

    BalasPadam