Kena faham ..

by - Jumaat, November 19, 2010

 

Kenapa aku buat pertandingan CERITA KREATIF  ? Apakah tujuan utama mencari JUARA atau siapa paling POPULAR ?

Mudah sebenarnya .. Buka mata buka minda ..  Jangan tengok satu hala yer .. Tengok yang tersirat yang cuba aku buat dan cuba aku sampaikan.. Mudah sebenarnya ..

Segmen ini adalah untuk memperkenalkan semua blogger tak kira yang masuk pertandingan , yang mengundi serta yang menyokong .. Kalau diperhatikan di ruangan komen , ada blogger / blogger yang tak pernah singgah kat sini , tiba-tiba hinggap untuk memberi undian .. Bukankah itu satu kebaikkan ? Peluang ini patut diambil oleh blogger yang lain untuk singgah ke blognya serta 'berkenalan' dengan mereka..

Selain dari itu , pembaca juga boleh menilai sendiri kreativiti entri hasil dari blogger lain seterusnya akan menjadi pembaca setia blog mereka .. Bagus bukan ? 

Dan ... bila dah terlist di dalam sticky post , bukankah itu satu kelebihan buat mereka yang masuk pertandingan ini ? Trafik buta buta kata orang .. Dari blog lain masuk kat blog aku kemudian pergi blog orang lain .. Kita ibarat 'saling memberi dan menerima ' ..

Paling penting , blogger itu sendiri telah berjaya membuat satu entri di mana kadang kadang mereka sendiri kering idea atau tak pernah buat entri sedemikian rupa dan mana tau , insyaAllah akan datang mereka akan lebih kreatif setelah melihat sendiri idea rakan rakan yang lain ..

Pengundian cara begini adalah untuk membuktikan bahawa blogger bukan saja pandai menulis di entri tetapi juga pandai memikat serta menarik pembaca lain untuk sama sama menyokong mereka.. Mana tau satu hari nanti mereka berminat nak buat contest , mereka tiada lagi segan silu untuk 'berkempen' di dalam blog mereka..

Apa yang aku cuba buat adalah untuk memecahkan rasa malu mereka sebagai blogger baru .. Bila yang masuk contest ini semuanya blogger baru maka tiadalah segan silu sangat kan ?

Kemenangan bukanlah keutamaan dalam contest ini.. Bila korang dah masuk je pertandingan ini , secara automatik , dah menang .. Yang tinggal sekarang adalah untuk membuktikan pada diri sendiri yang korang mampu menarik penyokong serta belajar berkempen / promosi entri korang dengan cara bijak.. Fikirkan tu .. Korang bukan kempen tentang contest ini sebenarnya , korang berkempen untuk blog korang sendiri .. Sapa untung sebenarnya ?

You May Also Like

16 comments

  1. Lor En. Ben sounds like ada yang x berpuas hati lagi ke? What the problem la. ish ish ish.!!

    BalasPadam
  2. teruskan usaha mu ni ben.. jangan fikirkan sangat suara-suara sumbang tu..

    BalasPadam
  3. Setuju bangat bro. Thanks for this segment. really2 appreciate it!!

    BalasPadam
  4. Sangat setuju, dh dapat hint dari abg ben pada contest cerita kreatif sblum ni...sblum ni tak join, so semangat berkobar2 join contest kali kedua ni...menang adalah bonus tapi klu tak menang kita bukan kalah sebenarnya....kita ttp menang dgn cara abg ben bgtau ni kn kn kn...

    BalasPadam
  5. yup...
    betul2...
    aku sgt sokong..
    walaupun puye ramai yg join..
    tp aku percaye tiap blog yg join ni dapat benefit..macam aku..
    nway..thanx bai..
    lu puye penangan blog mmg hebat
    =)

    BalasPadam
  6. ala bro..pedulikan spesies kerengga ngan sniop (Self-Negative Influencing Other People) ni... haha..
    mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang...?? hmmm.... paham2 aje la...

    teruskan usahamu! chaiyok2!! ;)

    BalasPadam
  7. thanks encik BA ..contest nie mmg byk impak bg sy blogger baru..sy xgka akan jd macam nie..encik BA dah berjaya mencapai misi dan visi encik BA dalam contest nie..ignore je apa yang org duk pangkah encik BA..kalau teguran tu betul kita teladani utk contest2 encik BA yang akan dtg..insyallah..

    BalasPadam
  8. salam semua.
    betul2 ckp abg ben. traffic nek, follower btambah, komen byk...

    tenkiu2...

    xkisah menang atau tak..yg penting kite hepi..
    lalalalala..

    insyaAllah next contest leh join lagi..=)

    BalasPadam
  9. :: pandangan yang bernas Incek Ben... pendekar sangat bersetuju dengan pandangan ni...

    ala...siapa yang tak kenal incek Ben ni...semua blogger tahu beliau suka menolong blogger-blogger baru... am i right??

    pendekar pasti jawapan yang diberikan ini mampu menutup mulut semua yang mungkin tidak berpuas hati mengenainya tapi takut nak luahkan...

    hakikatnya itu lebih bahaya... sebab nanti mungkin akan ada cakap-cakap belakang... so lebih baik berterus-terang aja bukan begitu Incek Ben??

    berterus terang itu lebih baik supaya segala rasa takpuashati-kecikhati-down-takadil-teraniaya dapat dijawab dengan sebaik-baiknya supaya kita dapat manfaat yang lebih besar... tak gitu Incek Ben??

    pendekar respect cara Incek Ben menangani situasi ini... tahniah...

    dan kempen pun dah habis...undi dikira semula..(^_^)

    BalasPadam
  10. percaya tak...contest ni baru je semalam start...ari ni blog ni dah masuk page first google search... tak caya tanya Mr Google "cerita kreati" ataupun "cerita kreatif ben ashaari"...

    aiyark...penangan yang menggila..pecah kang bandwidth sini...haha...

    BalasPadam
  11. @Pendekar Berkuda
    yup... gunakan kebijaksanaan bila memberi pandangan .. ibarat tarik rambut dalam tepung .. kan kan ?

    BalasPadam
  12. No Wonder lah belog BA ni ramai visit, kerana setiap kata-katanya mengandungi maksud tersirat, hebat :D

    BalasPadam
  13. itu yang kita mahu sebenarnya

    saling give n take

    =)

    BalasPadam