Mutiara Allah

by - Jumaat, November 12, 2010

 

image

DENVER: Sebutir mutiara seberat enam kilogram, dipercayai yang terbesar di dunia, kini dikunci di dalam sebuah peti simpanan bank di Colorado sehingga satu pertikaian perundangan di sini dapat menyelesaikan bagaimana untuk membahagikan hasil jualannya.

Seorang hakim persekutuan bersetuju untuk membuka kembali kes 29 tahun terhadap apa yang digelar ‘Mutiara Allah’ itu.

Namun, minggu lalu peguam seorang daripada pelabur meminta mahkamah kekal dengan perjanjian terdahulu.

Asal mutiara berdiameter 23 sentimeter itu yang menyerupai bentuk otak manusia, dikelilingi lagenda dan mitos. Penyelam yang menemuinya pada 1934 di luar pantai Filipina lemas apabila dia masuk ke dalam kepah besar untuk mengambilnya.

Seperti yang dilaporkan akhbar Denver Post pada 4 Mei 2007, konflik berhubung pemilikan batu permata itu bermula pada 1975 apabila pemilik bersama Eloise Bonicelli ditembak dan dibunuh seorang penceroboh di rumahnya. – AP  ( BHARIAN )

 

IKLAN

Victoria's Secret

image image

Dan banyak lagi koleksi terkini .. hanya di > Ardini's Treasure

You May Also Like

1 comments