Oprah paling tinggi gaji

by - Jumaat, November 12, 2010

 

LOS ANGELS: Oprah Winfrey dinamakan sebagai wanita yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood.

Hos rancangan televisyen itu mengalahkan artis seperti Beyonce Knowles, Lady Gaga dan Madonna, mengumpul AS$324 juta (RM 1.001 bilion) daripada empayar medianya, termasuk rancangan bual bicaranya sendiri dan majalah untuk mengungguli senarai dikumpul majalah Forbes.

Oprah, 56, mengumpul kekayaan lebih banyak berbanding bintang lain jika kelima-lima mereka digabungkan bersama, dengan Beyonce meraih AS$89 juta (RM275.14 juta), Britney Spears (AS$65 juta – RM200.95 juta), Lady Gaga (AS$64 juta – RM197.86 juta) dan Madonna mengumpul AS$59.9 juta (RM185.18 juta).

Pendatang baru di bawah usia 30 tahun membuat tanggapan besar dalam 10 senarai teratas, dengan Gaga mengalahkan mereka yang kekal dalam senarai iaitu Sandra Bullock, satu-satunya aktres dalam senarai dan Ellen DeGeneres.
Miley Cyrus dan Taylor Swift turut menempatkan diri dalam senarai itu, dengan hos televisyen Hakim Judy berada di tangga ke-10.

– Agensi


Senarai Top 10 Wanita Hollywood yang meraih pendapatan tertinggi 2010.

  • 1. Oprah Winfrey: $324 juta (RM1.001 bilion)
  • 2. Beyonce Knowles: $89 juta (RM275.14 juta)
    3. Britney Spears: $65 juta (RM200.95 juta)
    4. Lady Gaga: $64 juta (RM197.86 juta)
    5. Madonna: $59.9 juta (RM185.18 juta)
    6. Sandra Bullock: $59.2 juta (RM182.93 juta)
    7. Ellen DeGeneres: $56 juta (RM173.04 juta)
    8. Miley Cyrus: $48 juta (RM148.32 juta)
    9. Taylor Swift: $46 juta (RM142.14 juta)
    10. Judge Judy: $46 juta (RM142.14 juta)

-BHARIAN-

 

You May Also Like

4 comments

  1. jik dalam sejuta manusia ramai yang fanatic dengan oprah dan terdapat juga manusia yang tidak tertarik dgn oprah , sayalah tuh ..tertarik ngn opah je

    BalasPadam
  2. bila lah saya pulak nak masuk dalam list tu.. haha

    BalasPadam
  3. hah?apakah britney no. 3..cam dh tak glemer je

    BalasPadam