Pahang bersiap hadapi banjir lebih buruk
KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.
Selain itu, katanya, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan.
"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terbabit banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga, kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terbabit dengan banjir.
Muhammad Safian berkata, sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.
"Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 November hingga 15 Januari," katanya. - BERNAMA
8 comments
smoga tiada yg bruk berlaku!
BalasPadamBA: Byk kesan akibat banjir ni.ramai jg yg x dpt bercuti tu.....
BalasPadamShag tak paham satu benda je. Banjir ni bukan perkara luar biasa. Tiap tahun jadi, tapi macam tade tindakan nak hindar dari banjir teruk. Dah banjir baru nak plan itu ini. Cth, yg nak SPM tu. Spttnye, sediakan siap2 tempat lain utk negeri2 yg banjir ni. Siapkan sekali bus. Tak payah nak postponed SPM. Haiyak.
BalasPadamhaah kuantan skrg hujan je.. aduy.. una xlme lagi nk final.. jgnlah banjir..
BalasPadamBen, sure kew? hah, kalau gni x balik kg ar alamatnye!
BalasPadamkat tempat kita sampai skg pun tak surut2 lg..huhuhuhuuu...
BalasPadamaisey... pahang plak dah
BalasPadamcmne nk beraye nih
Janganlah banjir....nak balik Perak macam mana kalau banjir....waaaa~!
BalasPadam