PRK Galas: Nik Aziz minta penyokong Pas jangan kecewa

by - Jumaat, November 05, 2010

 

KOTA BHARU 5 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota Pas tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN), yang mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada PRK DUN Galas kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam ”post-mortem” Pas.

Katanya, post-mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan Pas dalam pilihan raya kecil itu.

– Bernama ( UTUSAN )

You May Also Like

1 comments

  1. Salam En Ben,

    terimakasih kerana sudi menjadi follower saya (walaupun mungkin kehadirannya tidak di sedari di antara beribu-ribu blog yang lain)..dan terimakasih sekali lagi kerana sudi meletakkan blog saya di bloglist En Ben...

    Alhamdulillah, sekurang-kurangnya blog En Ben telah menjadi seperti 'blog idola' generasi muda yang semakin rancak tumbuh di alam maya ini. Semoga En Ben dapat meneruskan penggunaan bahasa yang baik (tidak menggunakan bahasa sms, atau bahasa yang saya pun rasa seperti bukan bahasa Melayu, tetapi seperti bahasa yang sangat asing atau 'alien')..

    Tahniah...

    oppss..lupa pula nak jemput En Ben join GA saya... saya tahu ramai tak berminat kerana hadiahnya bukanlah wang ringgit, top-up, alat solek, baju atau lain-lain...
    kerana hadiah yang saya sediakan adalah 'BUKU' ... mungkin ini menguatkan lagi survey yang mengatakan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak minat membaca...(tapi hairan semasa Pesta Buku ramailah pulak manusia..sampai naik sesak dibuatkan dewan kat PWTC tu...)

    atau mungkin GA saya yang tidak menarik? ...

    nurazzah8

    BalasPadam