Sikap orang kita ..

by - Khamis, November 04, 2010

 

Korang pernah g Parcel E , Putrajaya tak ? Perasan tak situ penuh dengan kereta ? Penuh kan ? Nak parking pon susah ... Maka pihak bertanggungjawab pon buat la tempat letak kereta yang baek punya besar .. Kira selesa la ...

Tapi !!!! Ada jugak tuuu yang malas ! Serius .. Diorg kalau boleh , nak parking depan meja pejabat diorng agar bila nak balik nanti , selangkah je ke kereta .. haih...

Tempat letak kereta yang disediakan pon tak nak guna.. Hanya segelintir jer guna .. Ada pulak tu sanggup g parking depan pintu besar yang menghala ke dalam Parcel E tu.. camana tu ? Malas ke atau apa ?

Sikap ni kita boleh nampak di mana mana saja dalam Malaysia ni .. Apakah orang Malaysia ni malas berjalan kaki atau lebih dikenali sebagai senaman ataupon alasan terbaik mereka takut kereta hilang ?? 

Bagi mereka yang menggunakan alasan cukup dah bersenam waktu petang , ni mmg sah malas ! Bukan apa.. senaman bukan sekadar berseluar track dan berbaju t dengan bermain bola , jogging semata tetapi pergerakkan seharian yang betul juga boleh dikatakan senaman ..

Bagi alasan takut kereta kena curi pula , parking la kat mana mana walaupun depan rumah sekali pon ... kalau nak kena curi tu tetap kena curi .. Haih..

Maka .. tolong gunakan kemudahan awam yang disediakan selagi ianya percuma ! Kalau bayar setakat seringgit dua apa salahnya .. ada jugak orang tolong tengokkan kereta tu kan dari parking tak tentu hala dan menyusahkan orang ramai .. betul tak ?

You May Also Like

15 comments

  1. agree! bos sy parking keta lam pagar rumah pon leh ilang...huhuu

    http://gallerymuslimah.com

    BalasPadam
  2. tu pekara biasa kat putrajaya...penat..pagi2 jem mengalahkan bandar besar..punca paking...

    BalasPadam
  3. kalo nak salahkan staf yg keja kat parcel E tu mungkin patut la pasal dah wat tapak parking yang baru kat luar tu kan? tapi kalo nak salahkan pelawat takleh gak. Aku pon tak tau yang kena parking kat luar tu pasal jauh sangat. lagipun tak nampak lak signboard yg menunjukkan arah ke tempat parking tu.bukan sebab malas. tapi tak nafikan la mmg ader yang malas. tapi yang sakit ati pon banyak gak pasal ape tempat parking jauh sangat. kalau ujan lebat tak basah kuyup ko?

    kesalahan utama bagi aku patut diletakkan ke bahu PBT putrajaya la sebab gagal membina bangunan yang ada tempat parking secukupnya tuk staf dan pelawat. kata bandar terancang kan?

    BalasPadam
  4. ku kat putrajaya ni ben
    jom la makan2

    BalasPadam
  5. Ini semua sebab sikap. Selagi pengguna tak ubah sikap, selagi itulah masalah parking akan ada.

    BalasPadam
  6. memang betul tu. x de parking merungut nk tempat parking,...dah sediakan tempat, merungut jauh pulak...alahai..apalah salahnya jalan 20-30 langkah pun....kira mcm exercise apa..leh kuar peluh mudah2....

    tp masalah parking kt putrajaya ni mmg kroniklah...pelik kenapa dr awal tak provide tempat parking yg mencukupi dh tau banggunan kerajaan akan ramai pengunjung...patut dirancang dgn teliti...Tanah kosong di kiri kanan banggunan masih ada..boleh buat tempat parking...

    BalasPadam
  7. hik2..pestime bg komen kat blog bro yg femesss amous nih...{perlu ke mention? nak gakkkk mention...}

    BalasPadam
  8. fa keje parcel e. sbnrnya en.ben, parking kt cni amatlah terhad. parking bwh bgnn utk pegawai2 jek. yg sampai parking kiri kanan jln, menyelit sn sini tu sbb takde parking dah. tu pn pakguard dah letak kon x bagi parking. serius..

    Kalu lwt sikit, mmg merah punch card la sbb round rata cari parking. Yg ada 0 pun jauh + myusahkan kalu apa2 kecemasan berlaku.. Cian kat staff + pelawat sbnrnya. Tu yg d putrajaya ni plwt digalakkan guna bas... en. ben jgn marah kami kat parcel e ni tau... ;p

    BalasPadam
  9. aku setuju. parking sikit punya luas.. bertar lagi. Mentaliti kena ubah sikit la orang2 malaysia ni..

    BalasPadam
  10. kalau liza pegi putrajaya, mmg tak drive, naik klia transit pastu naik bas or teksi, lagi senang

    BalasPadam
  11. ruang kat putrajaya tuh dah memang padat, pengguna kereta plak makin lama makin bertambah. Bila adanya sikap 'M' dan pentingkan diri sendiri tuh la jadinya. Tengok kat oversea diorang sendiri terkejut datang sini tengok orang Malaysia bleh memiliki banyak kereta satu rumah tapi orang sana sebijik je. Diorang pun negara maju. Sebab tuh la kerajaan baiki pengangkutan awam dan galakkan kita guna kemudahan yang disediakan.

    p/s : maaf en. ben terlebih panjang.

    BalasPadam
  12. btul2.. cara parking camtu buat susah orang je.. elok2 tempat tu luas, terus jadi crowded.. pattnye clamp je kete2 tu..bia dorang sedar sikit.. T-Shirt Design Competition

    BalasPadam
  13. sy kerja di parcel e...
    biasalah tu..kalau boleh nak parking dalam pejabat lagi baik...
    lagi satu pasal orang parcel e ni tak hormat pejalan kaki...
    at least give us the pedestrian a way la kan. cukup pantang la. kesian orang yang naik bas or yang mengandung nak melintas. hellooo..tak nampak ke buat2 bodo je? tak rugi pun berbaik sesama insan ni...

    BalasPadam
  14. 100% agree. kalo parent-parent yang amik anak sekolah lagi lah. kalo boleh nak usung keta tu sampai depan desk anak dia. apalah salahnya jalan bersama-sama dengan anak sambil berbual tny apa yg dipelajari anak di sekolah.

    BalasPadam