Tak balas komen berlagak DIVA ?

 

Alamak .. satu pertanyaan buat aku .. hehehe .. camana tu nak jawab ?

" bro, selalu orang cakap newbie ni macam diva bila tak reply komen orang2 yang komen kat entri dorang.. kalau orang lama tak pe.. adeyyy... " dari Amni 

Huih ... camana tu ? Apa aku nak jawab nehhh ?  Sbb aku pon spesis tak reti jawab komen .. hahahha... Sombong ? Oh sama sekali tidak .. Berlagak DIVA ?? DIVA tu apa ? Aku tak tau apa itu DIVA .. Apakah DIVA itu boleh mengelakkan kita dari MAUT ?

Maka inilah jawapan aku ... Tak kira baru atau lama , menjawab komen di dalam blog adalah bagus sekali .. Ini akan membuatkan pembaca rasa dihargai malah akan kembali lagi .. 

Mereka yang tak jawab komen ni , aku tak tau apa alasan mereka .. tapi aku punya alasan , semua sedia maklum.. dengan entri aku yang tak putus putus serta masa yang mencemburi aku dan komen yang banyak dan aku sorang je yang jawab ( aku tak guna orang lain untuk jawabkan komen yer ) dan broadband yang senantiasa lembab dan paling menyebabkan aku tak leh nak jawab komen ialah , idea asik mencurah keluar.. kalau aku jawab komen , idea tu lari... camana tu ?

Tu je la jawapan aku .. terima atau tidak , mereka yang mengenali aku sudah sedia maklum siapa aku ini ... SOMBONG TAK DE NILAI .. sekian .. makasihhhhhhhhhhhh...

22 ulasan:

  1. kadang2 tu nk reply cmne kn.. sb dia komen pun

    "aah betul juga tu"

    "setuju"

    cmne nk reply? klw buleh tekan "like" xpe jgk kn..hehe

    BalasPadam
  2. kalau boleh try jawb komen nie..haha

    BalasPadam
  3. @Malek Kuhahahhaha betul. atau reply comment say like je bole? haha

    BalasPadam
  4. sama².. macam gaya alleycats pun ada. hehehe!!

    Kalau idea lari tak yah la jawab komen.. curah jerk di entry akan datang.. kann kan~~

    BalasPadam
  5. en.ben...DIVA tu mcm VIVA gak kutz?HaHaHa...

    aku stuju ar ngan en.ben...
    slagi boleH...reply ar komen2 pengomen d entry tu kan...
    bukan apa...tanpa pengomen..sapa laH yg d komen...

    aku...slagi line x ciput...slagi aku online...lau ada org komen...HaH..penat kau baca reply aku...
    HeHeHe..

    ngengada punya bajingancinta!Hehehe

    BalasPadam
  6. me too tp takde niat nak berlagak DIVA...cuma masa & tenat yang selow cam nak mamP**

    BalasPadam
  7. Malek ku ~ reply aja..
    atleast dia tau kita notice akan komenan nya..

    appreciate org bilang...
    :)

    eH?aku plaks yg menjwb...

    BalasPadam
  8. ye la,bz buat entry baru nak buat mcm mane kan

    BalasPadam
  9. blogger tu x online lg kot.....

    BalasPadam
  10. komen je apa2.blasah je kat n3 dia tuh..haha

    BalasPadam
  11. sdr ben,

    kalu org yg singgah blog tak ramai, bolehlah reply komen kan, tapi kalu org singgah berpusu pusu...i would understand.

    hari tu ada tengok yr offer utk link ben (bagi newbie).
    makcik teringin nak join tapi ...2 tahun tu masih newbie ka? anyway, dah over dah, lagi pun i don't have specific entry, kira caca marba je...takpa, next time maybe makcik join, nak juga tengok persinggahan yg berpusu pusu.

    BalasPadam
  12. betullah tu mr ben, kalau yg masuk berpusu pusu nak reply komen pun take time. Mama kalau boleh cuba nak jawab semua komen takut ada yg kecik ati plak kalau tak jawab. Tp kekdg tak dpt nak online so bila online je tgk komen yg masuk dah banyak, akhirnya jawab secara berjemaah je lah, tak specific one-to-one dah hehehe...

    BalasPadam
  13. bagi saya tak reply komen kire ok lagi kalau dia blogwalking. kire mcm menghargai jugak la tu kan?

    BalasPadam
  14. tak reply komen doesnt mean the blogger doesnt care bout da komen. abg ben tak reply komen tp tak sombong pon, :)

    BalasPadam
  15. kite perlu peramah la kn..hehe..

    BalasPadam
  16. DIVA: diri ini very aaaaAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    aku merepek aper ni????

    BalasPadam
  17. bg sy terpulang pd blogger lah nk buat mcm mana dgn komen² tu..'masa' setiap org adalah tak sama...kannn =)

    BalasPadam
  18. pndai2lah bagikan masa nak jwbkan..comen mengomen kan seronok..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.