Tak sanggup aku ..

by - Khamis, November 11, 2010

 

Demi kerana IPHONE ??? Oh tidak ..

 

MUNGKIN ada yang mengatakan mereka gila. Demi sebuah iPhone yang berharga sekitar RM2,500, mereka sanggup berkampung di pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS) supaya tidak terlepas menjadi antara 100 pengunjung bertuah IT Centre yang menawarkan iPhone pada harga RM1.

Walaupun kaunter hanya dibuka pada pukul 10 pagi, para pengunjung BTS tidak mahu terlepas peluang tersebut walaupun mereka tahu kemungkinan untuk pulang dengan tangan kosong kerana hanya tiga pengunjung bertuah bakal memiliki iPhone 4 yang ditawarkan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi BTS, Aileen Oo, acara berkenaan diadakan bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung BTS memiliki tetefon pintar terkini di pasaran tetapi bagi menarik pengunjung ke IT Centre yang terletak di tiga tingkat bermula di tingkat bawah sehingga tingkat dua pusat beli-belah berkenaan.

“Walaupun cabaran mendapatkan sebuah telefon pintar iPhone begitu tinggi, sambutan pengunjung sangat meriah dan mereka sanggup bermalam di BTS bersama-sama rakan dan ahli keluarga.

“Untuk menentukan produk yang mereka akan dapat, mereka hanya perlu membayar RM1 dan mencabut kertas cabutan di dalam kotak misteri yang disediakan,” katanya.

Selain itu, Aileen memberitahu pengunjung dapat membeli pelbagai gajet dan aksesori di zon peruncit telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT) yang menempatkan lebih 100 kedai dan kios daripada pelbagai jenama di IT Centre.

“Kedai konsep terkenal seperti Acer, Apple, Canon. Dell, HP, HTC dan Lenovo juga terdapat di sini. Telefon bimbit terkini seperti Nokia, Samsung, Sony Ericson, LG serta PDA, alatan navigasi dan kamera turut ditawarkan,” katanya pada pelancaran IT Centre minggu lalu.

Hab IT baru

Menurut beliau, dengan pembukaan IT Centre, BTS kini menyediakan gajet terkini, fesyen terbaru, permainan dan rangkaian restoran untuk para pengunjung membeli-belah dan bergembira di bawah satu bumbung.

“Justeru dengan pembukaan IT Centre ini ia melengkapkan BTS sebagai pusat beli-belah yang menawarkan pengalaman membeli-belah lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, Aileen memberitahu, acara cabutan bertuah yang berlangsung menjadi tarikan terbaru pelanggan di IT Centre apabila tiga pengunjung bertuah berpeluang memiliki sebuah telefon pintar iPhone 4 yang terkini dengan hanya RM1.

“Selain Iphone 4, 100 pengunjung bertuah yang berjaya menjadi pengunjung pertama turut berpeluang membawa pulang gajet-gajet lain seperti telefon bimbit Nokia, Inobel dan LG, Ipod, pendrive, Navigator GPS, Bluetooth, fon telinga, pembesar suara dan pemacu keras.

Sementara itu, pengunjung bertuah yang berjaya membawa pulang sebuah iPhone 4, Cheong Yew Keat, 30, dari Cheras, Kuala Lumpur terkejut apabila diumumkan berjaya memiliki sebuah iPhone 4.

“Ketika menarik kertas cabutan, saya tidak menyangka ia sebuah iPhone kerana ramai pengunjung hanya pulang dengan sebuah pendrive. Tetapi seperti semua yang sanggup berbaris berjam-jam saya amat berharap mendapat sebuah iPhone 4.

“Tambahan pula, bukan saya seorang yang menunggu di sini sejak semalam. Abang dan kawan saya juga turut serta tetapi mereka tidak berjaya memenangi iPhone 4,” katanya yang kelihatan kepenatan selepas menunggu selama 16 jam.

Rezeki warga emas

Penantian warga emas, Siew Shin Choon, 59, sejak pukul 9 malam tidak sia-sia kerana dia juga berjaya membawa pulang sebuah iPhone 4 walaupun dia tidak mahir menggunakan telefon pintar yang mempunyai fungsi rumit.

“Selepas memenangi iPhone 4 ini, saya dikerumuni beberapa orang pengunjung yang menawarkan harga rendah untuk membeli iPhone 4 yang saya menangi termasuk seorang lelaki yang menawarkan RM700 untuk telefon ini.

“Saya tidak menjualnya kepada sesiapa pun. Saya mungkin memberikan telefon ini kepada cucu saya,” katanya.

Shin Choon memberitahu, dia tidak mengetahui mengenai acara berkenaan tetapi berada di BTS kerana hendak bertemu dengan rakan-rakannya.

“Saya tengok ramai orang berkumpul dan berbaris sejak semalam. Saya dapat agak sesuatu yang menarik sedang berlangsung dan tidak mahu ketinggalan menyertainya,” katanya.

Seorang pembangun perisian, Way Chong Wen, 25, pula sudah berada di BTS sejak pukul 12 malam. Dia dan dua sahabatnya tidur di perkarangan BTS kerana tidak mahu terlepas peluang menjadi antara 100 pengunjung bertuah yang layak mengambil bahagian.

“Kawan-kawan saya terpaksa pulang hampa kerana tidak berjaya memiliki iPhone 4 yang ditawarkan pada harga RM1. Tetapi saya gembira kerana bertuah dan sekurang-kurangnya penantian kami berhasil,” katanya.

Dalam pada itu, ibu muda, Hazlinda Husin, 33, tetap berpuas hati walaupun hanya membawa pulang sebuah iPod if200 termasuk pembesar suaranya selepas menunggu sejak pukul 9 malam.

“Berbaloi menunggu walaupun tidak berjaya memenangi iPhone 4. Pada mulanya saya sangka akan mendapat sebuah pendrive.

“Anak-anak saya juga sanggup menemani saya di sini dan tertidur di atas lantai kerana kepenatan,” kongsinya.

-KOSMO-

You May Also Like

11 comments

  1. sedangkan nak beli tiket final malaysia yang berpuluh ringgit pon orang dah kumpul awal2 pagi, inikan beli iPhone harga rm1...tok sah mimpi la..beli jela HTC mozart...hahahhaha

    BalasPadam
  2. kekeke
    kalau seringgit dapat dua boleh la kot
    wakaka

    BalasPadam
  3. giler lah smpai cmtu sekali..x snggup..huhu

    btw, nk mtak tlg Inchik Ben sket bleh x..td sy p gatal2 tangan tukar url link ngan nama blog..huhu..(sedih giler dh la BE tgh byk-cemana la leh x ingat)
    so, x pasal2 yg mana2 dh add link tu x dpt nk bukak..trmasuk la link kt sidebar blog BA ni, bwh kolum Gigit Pen (padahal tgh gigit mouse ni..)

    yang ni eh,
    Puteri papa dan mama: http://auni-zara.blogspot.com

    tukar -> http://familymoza.blogspot.com

    Thanks :)

    BalasPadam
  4. seronoknya sape yg dpt iphone 4 tue kan...

    BalasPadam
  5. perghhhhhh! sanggup tu.. haihhh....

    BalasPadam
  6. acu penah berebut nak beli hp murah masa kastam buat lelong barang rampasan..Ya Allah terasa macam org bodoh pun ada bila pikir balik...awal-awal pagi dah tercongok kesudahan nye hampeh...

    BalasPadam