Terengganu dijangka berdepan banjir besar

by - Rabu, November 10, 2010

 

Maaf .... Berita terkini ..

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami banjir besar, bulan ini atau bulan depan, sekiranya hujan turun melebihi paras normal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.

"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.
Di Besut, katanya, terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Sebagai persediaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 mangsa banjir dalam satu masa.
Pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32).

Pada masa sama, JKM sudah mengenalpasti sebanyak 121 pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).

Mazlan berkata, bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan. - BERNAMA

-BHARIAN-

You May Also Like

15 comments

  1. hujung tahun macam nih semakin bnyak bencana kejadian berlaku! isk2... :(

    BalasPadam
  2. aik BA jadi pembaca berita ea..heheheh.... =)

    makin banyak bencana alam skang ni..arap2 johor tak banjir cam tahun2 lepas.. :(

    BalasPadam
  3. sediakan apa yg perlu..
    En Ben sila turun padang hehe...=)

    BalasPadam
  4. semoga sekalian saudara2 kita di sana dipeliharakan Allah.

    Err, ben. buleh tolong tengokkan loading blog tak? takpayahlah publish komen ni sebab aku tak dapat nak bukak fb tuk hantar mesej...

    BalasPadam
  5. di jangka banjir akan turun ke selatan...aiyooo....

    jom singgah pasar karat

    BalasPadam
  6. ouh...jgn la sgkut tgh jln... 15hb ni nk balik~

    BalasPadam
  7. ohhh tidak..sy di dungun...jgn la bnjir...

    BalasPadam
  8. nnti gua masuk study . tak sempat la nk main banjir lor . huwaaa !

    BalasPadam
  9. ouh biar betul.. next week start cuti sem, so nak balik kampung.. umah nenek hope tak banjir la..

    BalasPadam
  10. berjaga2 la org ganu sekalian... siap2 sedia ikan kering n budu byk2.. hehe

    BalasPadam
  11. huwaaaaaa.. jgn la banjir skrg, nak balikkkk...!! :(

    BalasPadam
  12. alamak, jgn lah banjir lagi..
    nak balik kg.. huhu

    BalasPadam