Terpaksa layan nafsu rakan lesbian

by - Selasa, November 23, 2010

 

SAYA menghadapi masalah yang tragis kerana membabitkan maruah diri. Saya gadis berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Saya tinggal bersama dua rakan, seorang bekerja dan seorang lagi masih menuntut. Awalnya tiada masalah dalam perhubungan kami dan saya cukup seronok tinggal dengan mereka kerana banyak membantu sama ada sama ada tenaga kerja atau kewangan.

Namun, kebelakangan ini semuanya berubah dan saya semakin terseksa apabila mereka mengajak melakukan hubungan sejenis.
Saya jijik mendengarnya dan berusaha menolak, namun selepas dipujuk rayu, akhirnya tewas. Saya terpaksa melayan nafsu songsang itu hingga hari ini.

Saya sangat terganggu, jiwa bercelaru dan pelajaran terganggu. Lebih malang lagi, akhirnya saya ketagih seks sejenis dan beberapa kali terlanjur dengan rakan lain.

Saya mahu berubah, tolonglah Dr saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengubah kehidupan dilaknati ini.
Huru hara
Klang, Selangor


AHLI psikologi terkenal, Sigmund Freud menjelaskan apabila manusia dikuasai unsur ID, mereka hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan realiti, pertimbangan akal, logik mahupun nilai moral. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata.
Dr melihat perhubungan seks sejenis yang dilakukan adik adalah hanya untuk memuaskan ID dan berpaksi kepada nafsu keseronokan, bukannya perasaan menyesal yang bersarang dalam diri.
Buktinya, adik masih melakukannya lagi selepas kali pertama ia dilakukan hingga ketagih meskipun pada masa sama wujud keengganan dalam diri mahu menghentikannya.


Seks sejenis kini sudah menjadi amalan biasa kepada individu terutama jika berjawatan tinggi, golongan tidak sosial dan pengkid. Dalam masalah adik, perlakuan itu bermula hanya kerana terasa terhutang budi.

Adik sebenarnya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tujuan hidup. Tidak semestinya jika kita terhutang budi pada seseorang, perlu mengorbankan prinsip atau pegangan agama.

Manusia yang diberi akal bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri, adik boleh pilih jalan yang dirasakan mampu memberi kebahagiaan dan berada pada lunas yang diterima masyarakat bukannya terpaksa melakukan hubungan itu kerana budi.

Meskipun mereka sudah banyak membantu, bukan alasan adik perlu mengikut kehendak songsang itu dan merelakan diri melayang nafsu. Ini kerana jika adik tidak mahu, perhubungan seks itu tidak akan berlaku.

Apa yang terjadi boleh dikategorikan sebagai satu bentuk penderaan seksual hubungan sejenis kerana ia satu pola tingkah laku yang digunakan bagi mendapatkan kawalan dalam sesuatu hubungan.
Penderaan ini boleh berlaku dalam pelbagai aspek sama ada psikologi, emosi, ekonomi dan lain lain.

Untuk mengelaknya, adik boleh mencari beberapa alternatif, antaranya berpindah supaya tidak terus terjebak atau dipujuk rayu. Walaupun menerusi tindakan itu adik tidak lagi mendapat bantuan mereka, adik dapat melepaskan diri daripada cengkaman mereka yang hanya mahu memanipulasi keadaan.

Jika tidak berpindah, adik boleh bersikap agresif supaya mereka tahu pendirian adik yang mahu berhenti melakukannya. Adalah salah jika mereka terus memaksa.

Terpulanglah kepada adik untuk menentukan tindakan diambil. Apapun, Dr ucapkan tahniah kerana adik ingin berhenti daripada melakukan perkara terkutuk itu.

Kembalilah kepada kehidupan normal kerana masih ramai lagi lelaki yang boleh disandarkan harapan menjadi suami bagi menyalurkan nafsu secara sah.

Lebih penting, menghindarkan diri daripada menjadi makhluk tuhan yang dikutuk serta berdosa.

-HMETRO-

You May Also Like

17 comments

  1. huhuhu.. hati2 memilih kawan.. :)

    BalasPadam
  2. huhu~ parah da ni.. kawan makan kawan da ni..

    BalasPadam
  3. sekarang memang susah nak percaya orang. Ada yang buat baik tapi ada niat lain. Celaka.. kena hati2 lah..

    entri baru:
    tragedi pesta air di Kemboja
    Ops cari kutu

    BalasPadam
  4. mcm2 la skrg ni ish...tp kena pndai pilih kwn jgn mudah terjebak

    BalasPadam
  5. kalo member sebaik camtu bagus la.kerana budi badan binasa...kalo aku bayr balik hutang tu dengan cara lain daripada buat benda terkutuk tu....kalau dia nak gak...terpaksa la report pihak berkuasa tgkap dia dan hantar dia ke pusat pemulihan...itu la cara yang terbaik nak balas budi untuk dia jadi pulih...pasti ia sedar..

    BalasPadam
  6. ish,bahaya nye prmpuan sekrng..hmm

    JOM BACE ENTRY BARU
    "Kelebihan Ayat Ruqyah"

    BalasPadam
  7. Bertaubatlah..semoga Allah mengampunkan dosa2 hambanya sebelum kita kembali untuk selama-lamanya..Amin

    BalasPadam
  8. Salam..
    Ramai remaja terlibat..sedih tengok remaja semakin rosak dan terpesong akidah.

    BalasPadam
  9. hairan betul dengan spesies yg macam ni.. punyelah ramai lagi lelaki yg ada kat muka bumi ni, nak jugak ke kaum sejenis.. hairan hairan

    BalasPadam
  10. acu pun penah digoda dengan golongan sedemikian...hingga kan di tabur janji mau sponsor idup acu supaya senang lenang asalkan acu sanggup melayan nafsu serakah lesbian nie...tapi Alhamdulillah iman acu masih kuat & fikiran acu masih waras...nabi tak mengaku umat weiihhh...

    BalasPadam
  11. kadang-kadang tak boleh nak salahkan mereka. walaupun aku lelaki tapi kadang-kadang aku dapat merasakan yang perempuan mcm ni selalunya dikelilingi lelaki yg tak berguna yang membuatkan mereka lebih rela kepada wanita. mm. apa-apa semoga mereka insaf dan dipertemukan dengan lelaki baik yg boleh membimbing..

    Terbaru >> 1) My Precious Gift From God 2) Bagaimana phreak-id.com boleh membantu meningkatkan traffic blog anda? 3) Follower ke 100

    BalasPadam
  12. huhu..haruu! astaghfirullah hal azim..

    BalasPadam