Wahai orang muda ...

by - Rabu, November 03, 2010

 

Kebelakangan ni politik negara menjadi semakin haru biru .. Yang muda mengelengkan kepala .. yang tua menganggukan saja .. janji masyuk .. kan ?

Mengikut kotak undian di blog aku ni  , image PAS menjadi pilihan .. Samada pengundi yang kat blog aku terdiri dari orang muda atau macam aku ni ( kira pakcik makcik la ) , tak pasti ..Tapi rasanya majoriti terdiri dari org org muda..

Ok..Aku dapat satu pertanyaan semalam ... Berkaitan dengan undian tersebut .. MENGAPA PAS menjadi pilihan dan bagaimanakah cara memulihkan kepercayaan muda mudi dan nak  menarik pengundi pengundi yang terdiri dari muda mudi agar menyokong kerajaan ?

Jadi di sini , aku nak amik kesempatan  untuk bertanyakan pendapat korang .. Ini pendapat masing masing yer.. Harap tak perlu ada emosi di sini.. Nak dalam suasana santai jer .. Kenapa dan mengapa ...

Jika ada pihak yang memantau tu , harap boleh bersikap terbuka dan amik pandangan mereka ini memandangkan PRU tak lama lagi kan ? Korang boleh tinggalkan komen di sini atau buat dalam bentuk entri dan tinggalkan url korang di sini ...  okeh ?

You May Also Like

16 comments

  1. sy menyokong pas!hehe sbb:
    1.x nmpak keadilan dlm kerajaan skang,cth :
    media cetak dan elektronik die je boleh gune

    2.kerajaan skang xnk dgr pandangan rakyat :
    hmpr 200000 org bantah menara warisan kat fb, dorg bukan amik kesah pon

    3.UMNO dok gune alasan keistemewaan melayu. tp xde istimewanye melayu kat akhirat. n dgn keistimewaan tu menjadikan melayu sgt malas.

    4.terang2 islam jauh tinggi nilai dari melayu

    p/s : just my 2 cents

    BalasPadam
  2. yang buat org sokong Pas nih pasal Tok Guru.Aku pun respect Tok Guru nih.Hanya anak jati Kelantan tau apa ada pada Pas.

    Hanya pandangan...

    BalasPadam
  3. orang muda skrg makin prihatin akan politik semasa. keterbukaan kerajaan amat penting, ketelusan pentadbiran perlu jelas.

    corak pentadbiran YB PM amat menarik minat saya. keterbukaan pentadirannya makin telus. saya masih menunggu pelan selanjutnya dalam trasformasi kerajaan; Model Politik Baru.

    orang muda perlu bersama sama, bukan lagi hanya berdiam mengikut telunjuk dan suapan. politik skrg kena ada kreativiti. ikut arus semasa skrg, zaman pasca merdeka.

    mungkin keputusan esok akan ada suatu cerminan PRU nnt.

    =))

    BalasPadam
  4. bagi gua...surat khbar dan tV "mereka" terlalu nmpak sangat ketidakadilan sesuatu berita jika dibaca dari sebelah pihak "mereka" sahaja..

    orang muda dah tidak buta IT sekarang..fahami jiwa mereka dan ada tindakan..

    jgn TENGOK saja..

    BalasPadam
  5. saya sokong Kerajaan. saya muda lg. baru 16tahun. kenapa sy sokong BN ? mula mula kite kena tgok jasa Kerajaan pada kita , pada negara malaysia. Kalau xde kerajaan , ingt sy sempat x merasa hidup di dunia ni ? mereka bertungkus lumus merdeka kan negara. it yg perlu sgt sgt dikenang. memang la , kdg2 kerajaan buat silap. well , semua org buat silap. tp ape yg penting , prinsip kita. kita mesty ada pendirian kan? sure 100% ke yg pas tu suci ? tiade sebarang kesalahan yg dia buat ? tipulah kalau xde. bagi peluang kerajaan betulkan ape yg silap. dengan menyokong mereka. bukan berpaling tadah. :)

    p/s: ini sekadar pandangan drpd seorang anak muda :)

    BalasPadam
  6. pendapat saya, rakyat tak suka kerajaan sekarang sebab banyak mengaitkan rasuah, tak prihatin, byk makan duit, buaat projek bazir, makan projek sendiri dan banyak lagi.. xtau semua tu hanya fitnah ke realiti betul...

    BalasPadam
  7. kenapa sokong PAS ?
    -> Persepsi yang PAS itu 'lebih Islam' dan 'lebih adil'

    kenapa tak sokong bn ?
    -> again, it's about persepsi. Sudah 12 tahun semenjak zaman reformasi rakyat di sogok kan dengan propaganda BN itu korup. Perkara yang di ulang2 lama2 akan menjadikan 'persepsi yang ianya betul'. Ini konsep perang saraf

    cara tarik sokongan BN ?
    -> Penerangan. Program2 dan bantuan2 yang dibuat oleh kerajaan BN tidak diberikan penerangan yang baik untuk rakyat memahaminya. Aku ambil contoh apa yang kerajaan PP buat pasal duit 'ehsan' RM100 untuk golongan tua di PP. Bagi RM100 heboh bagai nak rak. Sedangkan JKM (Jabatan kebajikan masyarakat) & Pusat zakat bagi RM 200++ setiap bulan, tak ada pun nak di 'kecoh2kan'

    sekian.

    BalasPadam
  8. Kalau ikut poll tu, sah2 anak muda skrg lebih kpd pembngkang
    sbb yg msuk blog ni kbanyakan mmg anak muda kan
    hal ni klau krjaan x amik pot lg xtau la nnt camane..

    tp kat galas nnt lg ramai org tua, dan ade org asli lg
    jd apapun kita tunggu esok camane result dia...

    oppss..x mjawab soklan plak
    haha

    BalasPadam
  9. dudu wat undian rosak hehehe..

    dudu tgk sekarang xkire BN, PAS or ape2 pun keadilan xda, rasuah, sikap menjatuhkan pihak lain, xkire parti mana2..sebelom pilihan raya macam2 janji manis d tabur ngaburi mata rakyat, tapi bile dah menang..hampeh..

    dudu kg dudu (dudu org kg)
    jalan tar d janji kerajaan nak wat dari dudu darjah 6 ..tapi start buat pas dudu sem5 diploma..bygkan..camne janji diorang pada rakyat..

    p/s: dudu xnak diorang kc janji kosong..if xbole jgn kc rakyat harapan palsu..sedih ngn pihak2 terlibat..

    BalasPadam
  10. Saya menyokong mana-mana yang memerintah. Yang penting ada kestabilan pentadbiran, ada perubahan, ada penambahbaikan dan bukannya cakap kosong je, tapi bila dah menang batang hidung pun tak nampak..


    >>My Latest Entry<<
    Header Untuk Blog : Flash VS GIF (Sila Bagi Komen atau Cadangan)
    Controversy Goal From Nani Yesterday
    Lagi Kemalangan Bas Yang Membawa Maut

    BalasPadam
  11. aku sokong PAS sebab menjadikan Islam sebagai perjuangan parti. pasal parti satu lagi tu aku malas nak cakap. kalau cakap seribu satu malam tak habis. huhu!!

    BalasPadam
  12. sekadar padngan~~anak muda di luar sana dahagakan ilmu agama yg selama dipinggirkan dalam arus perdana kita~~
    bila mana anak muda mencari n terus menggali ilmu agama~~
    satu n persatu~~kesilapan di pihak kerjaan terbongkar~~selama ini cuba disembunyikan~~
    sekdar pndangan~~

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. walaupun belom cukup umor tapi nak bersuara sbg belia di malaysia.. cewah! =)

    sejarah tu penting, tapi tak perlu TERLALU taksub dgn siapa yang bawa kemerdekaan.. yang penting, amek iktibar dan teladan daripada sejarah.. bukan TERLALU mengagung2kan dan mengangkat mereka terlalu tinggi.. ingat! sejarah itu penting! sapa yang x ingat sejarah akan ulang kesilapan yg sama berulang kali.. sekali lagi saya ulang, TELADAN+PENGAJARAN yg paling penting agar x ulang kesilapan yg sama.. itulah tujuan utama kita belajar sejarah..

    org muda skrg lebih cenderong pada pembangkang sbb dah bosan dgn cara pemerintahan kerajaan skrg yg nmpk x telus, x adil, selfish dlm pelbagai skop. contoh media massa. byk lagi sbnrnya tapi xnk dibahaskan disini. smp bila nak maju? malaysia negara Islam. Islam bukan maknanya Melayu. negara Islam pertama pun berbilang bangsa+agama. jadi tak perlu taksub dgn kaum. dunia di akhir zaman.. agama/bangsa yang akan jadi penyelamat kita?

    tepuk dada, tanya iman..
    sapa yg boley mengundi, masa depan Agama dan negara di tangan anda=)

    p/s: x sabar tunggu masa utk mengundi. hehe

    BalasPadam
  15. salam...
    saya masih menunut di IPTA ..
    tapi saya tetap sokong pembangkang....
    kerajaan yang ada sekarang terlampau selesa dengan apa yang mereka ada....
    mungkin dengan tukar pemimpin walaupun sekejap cukup untuk mengajar mereka tentang kesusahan..
    Pemimpin kerajaan yang ada sekarang banyak berlegar dalam golongan anak-anak pemimpin dulu2...mereka bukan terdiri dr rakyat biasa,jd mereka tidak tahu kesussahan rakyat....
    dan pelajar seperti kami tidak patut di AUKUkan...

    BalasPadam
  16. penyokong kuat undi rosak :) okbai..

    BalasPadam