Apabila 'nakhoda' kapal jadi suri rumah

by - Jumaat, Disember 17, 2010

 

SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.

Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar.
Perkembangan ini tercetus berikutan masalah ekonomi dan pemberhentian pekerja yang banyak berlaku di kalangan bank, syarikat swasta dan industri.

Akibatnya, golongan lelaki yang tidak bekerja itu mengambil alih tugas wanita menjaga anak-anak, menghantar ke sekolah, memasak malah mengemas rumah.

Cerita suami menjadi suri rumah mungkin nampak pelik di zaman dulu, kini ia sesuatu yang realiti.

Ada yang melihat suami yang memilih menjadi suri rumah sebagai golongan yang 'berani' melakukan perubahan.

Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dalam keluarga Islam?
Wajarkah seorang suami yang beragama Islam mengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi mencari nafkah buat keluarga?

Lanjut > HMETRO

You May Also Like

12 comments

  1. xwajar...tp skrg dah makin byk laki camtuh...sbb isteri lebih bekerjaya dan berjaya~

    lgpon kan pmpn dah makin ramai... hehhe~

    BalasPadam
  2. Belum penah ada lagi di kalangan kwn2 yg jadi mr mama..yg banyak jumpa suami isteri bekerja..tapi i pilih jadi hauswife sbb nak jaga anak2 sendiri pun dah mendatangkan kepelikkan kpd orrg lain (pelik sgt ke ada degree tapi x kerja?)..maka lagi peliklah kalau lelaki jadi hauswife..

    BalasPadam
  3. kalau dudk rumah memasak,membasuh
    jaga anak,ambik anak kat sekolah..
    kira ok la ..
    asal jangan tak boleh harap langsung sudah la..

    BalasPadam
  4. kalau ikutkan tak wajar.
    tapi kalau sementara tak apalah.
    maybe take time nak dapat keje baru.

    BalasPadam
  5. Kalau Suami sekarang pandai ambil kesempatan,
    tak berkerjaya seperti orang lain, tetapi pandai ambil kesempatan di atas kemajuan teknologi terkini, boleh cari duit jugak kan En Ben?

    Contohnya dengan berblogging, atau membuat bisnes internet, pun boleh menjana income yang lebih hebat dari orang yang berkerjaya di luar sana...
    Maksudnya bekerja dari rumah...

    kalau betul2 siap boleh jadi jutawan lagik ...contohnya Saudara Irfan Khairi ...dan ramai lagi kan...

    sambil2 tu tengok2 lah anak di rumah, hantar pergi balik sekolah,
    memasak ....
    (hurm...kan chef2 ternama pun ramai terdiri dari orang Lelaki kan?)
    tak nak masak...order aje online ... atau beli di kedai...
    tetapi lebih bagus lah kalau isteri tu dapat memasak kan suami dan anak2 di rumah...

    rezeki ada di mana2 ...

    nak ulas tangungjawab suami/isteri mengikut Islam tak cukup ruangan komen komen nih...lagi pun akak bukan lah ilmuan agama yang arif dalam bab hukum2 Islam nih...kita hanya boleh merujuk kepada pakar2 agama ...

    wallahu'alam

    BalasPadam
  6. ...dan tanpa sedar ramai isteri-isteri yang menderita ( kerana terpaksa menanggung suami yang tak sedar diri ) kerana suami yang hanya bernama suami di surat nikah tapi hakikatnya mereka saja yang tahu.
    Mudah-mudahan dijauhkan ye.

    BalasPadam
  7. stiap rumah tangga ada sebab tersendiri nak buat macam tuh.. tapi jangan lah sampai tanggungjawab sebenar seorang lelaki terabai..

    BalasPadam