Dua beranak rentung

by - Jumaat, Disember 10, 2010

 

KUALA TERENGGANU 10 Dis. — Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.

Kebakaran di sebelah sebuah stesen minyak itu memusnahkan kedai dobi milik Nor Laila selain turut memusnahkan dua lagi premis perniagaan iaitu kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik.

Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Mohd Fauzi Muda berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.

"Punca kebakaran masih disiasat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. — Bernama

 

-UTUSAN-

You May Also Like

18 comments

  1. YA ALLAH...

    AL-Fatihah buat Arwah n takziah buat keluarga.. thanks sharing en ben..

    BalasPadam
  2. Kesian..
    moga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi..

    BalasPadam
  3. MasyaAllah. tempat tu betul2 sebelah kg cplud. Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan dari perkara sedemikian. amiin

    BalasPadam
  4. salam...

    Ya Allah....sedihnya baca berita ini....

    alfatihah buat yg meninggal.

    BalasPadam
  5. kesiaanya...
    Alfatihah...
    may they rest in peace...

    BalasPadam
  6. semoga roh mereka dirahmati Allah..

    semalam dari tempat kerja nampak asap hitam berkepul naik ke langit.
    rupanya ada kilang tayar terbakar. sib baik takde kemalangan jiwa.

    http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story8503515.asp

    BalasPadam
  7. ooow, kat batu enam ni... tahu tempat ni, takziah buat keluarga si mati!!

    BalasPadam
  8. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah.

    BalasPadam
  9. hmm..kesiannye....al-fatihah buat arwah

    BalasPadam
  10. Astaghfirullah..besar sungguh ujian tuhan..saya pon tengah hadapi ujian dari dia..Walau berat untuk terima.tapi redha tu yang penting.. pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Al Fatihah

    BalasPadam
  11. saya pernah menyewa kedai disebelah kedai dobi tuh dan masih teringat lagi wajah arwah kak laila dan arwah ayu..al fatihah..2 tahun lepas suaminyer meninggal..dan klu tak silap ader 3 lagi anak arwah di kota bharu...

    BalasPadam