Dunia blog Malaysia bakal bergegar !

by - Ahad, Disember 19, 2010

 

Hehehe... Mesti tulisan mereka lebih menarik kan ? Ni tiba masa nak belajar dari otai penulisan .... Tak sabar gak nak belajar dan mengkaji corak penulisan mereka secara langsung .. hehe.. kalau dulu , kena edit .. kena cover cover gitu kan ? Skang 'live' gitu !

Blog Persatuan Bekas Wartawan BH

 

KUALA LUMPUR: Ahli Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia (PBWBHM) perlu mewujudkan blog bagi memudahkan mereka berhubung antara satu sama lain di samping sebagai wadah perjuangan.

Pengarah Eksekutif, Berita dan Jabatan Pengarang Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib berkata, kaedah itu lebih berkesan dalam penyampaian maklumat dan perkembangan terkini ahli persatuan.

“Buat blog hanya memakan masa dua minit. Ia lebih mudah kerana boleh diketahui semua ahli, dibuka tidak mengira masa selain menjimatkan kos dan masa, misalnya jika maklumat atau undangan ingin disampaikan dalam bentuk cetakan,” katanya.

Menurutnya, blog itu mungkin boleh dikongsikan bersama wartawan yang masih berkhidmat selain semua wartawan.

“Satu direktori berbentuk cetakan dan online mengenai ahli PBWBHM juga boleh dibuat bagi memudahkan mereka menghubungi sesama sendiri,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung ke 6 & 7 PBWBHM, di Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden PBWBHM, Dr Alias Mohamed, Timbalannya, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.

-HMETRO-

You May Also Like

11 comments