Harga rumah di P. Pinang paling mahal

by - Jumaat, Disember 03, 2010

 

PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.

Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.

‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.

‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.

Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.

Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.

Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.

‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.

‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.

Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.

‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.

 

-UTUSAN-

You May Also Like

12 comments

  1. sah2 dia nak orang asing yang kaya beli..kan penang kawasan pelancongan...sabor jelah.. kesian kat rakyat je

    BalasPadam
  2. memang diakui rumah kat Penang bhgn island, lagi mahal..sebab tu org yang keje kat Penang, gemar beli rumah kat seberang...tapi, tula..setiap kali gi keje kena byr tol (dr seberang ke pulau)..parah jugak tu...

    BalasPadam
  3. Aku nak juallah rumah kat penang nie kat korang :P sapa nak?

    Bro ben bila nak beli rumah kat sini?

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  4. patutlah ada orang p.pinang beli rumah kat area2 sini je... sana mahal ;p
    yelah, tu baru rumah kan. belum kemahuan nak beli keta plak. masak...masak nak cari duit banyak2.

    BalasPadam
  5. bnyak yg beli rumah kat bhgian kulim ngan sungai petani .

    *slamat rumah den kt penang rumah kampung yg buat sndri plus bapak i yg bayar .bukan i* hohox

    BalasPadam
  6. baru2 ni lalu kat Tol Juru dah penuh area sebelah kiri kanan..fuh! memang cepat membangun..kalu nk beli umah area pulau baik takyah la..tp ada duit ..mesti boleh!

    BalasPadam
  7. motif dierg letak hrga rumah kat sana mahal..ape ye?? kesian kat rakyat p. pinang...

    BalasPadam
  8. Syukur sy dpt rumah yg selesa wlu pn cuma semi-d

    BalasPadam
  9. memang harga rumah kat penang mahal pun, kg tradisional tenggelam terus dalam arus pembangunan kat sana.

    BalasPadam
  10. true Ben..sy ni setakat apartment je la mampu beli kt belah pulau ni...nak beli rumah ada tanah...sampai pencen pun belum tentu mampu..sob sob...tp x sanggup nak duduk seberang..tol+jam..lagi haruuu

    BalasPadam
  11. Haa..tau pun Incik Ben..Ceq org penang..ceq tau la..tapi slalu org penang banyak beli rumah kat kedah.yang berdekatan ngan Penang.Contohnya beli kat Sg.Petani dan Kulim.Rumah kat kedah harga dia dua kali ganda murah dari penang.Ceq pun dok target beli rumah kat Kulim..dekat dgn Bukit Mertajam dan Tasek Gelugor..

    BalasPadam