Kembali ke asal ...

by - Rabu, Disember 08, 2010

image

Perhatikan 5 batang jari kita .. Bermula dari jari kelingking hinggalah ke ibu jari ...

Itulah kehidupan kita di dunia ni.. Bermula dari bayi .. yang dijaga dan dibelai oleh penjaga kita dengan penuh kasih sayang .. Dipupuk dimanja , diberi kasih sayang sehinggalah kita dewasa .. 

Perjalanan kehidupan kita itu ada peringkatnya .. Bayangkan , kedua ibubapa kita menjaga kita dari bayi .. dan akan tamat bila dah tua .. InsyaAllah ...

Tapi sedarkah .. pada jari kelingking dan ibu jari itu , perangai manusia akan jadi sama ... Iaitu kebudak budakkan .. Cuba tengok kanak kanak dan orang tua .. Apakah persamaan mereka ? Mudah merajuk .. perangai yang mmg menguji kesabaran ..

Kita , diwaktu bayi atau kanak kanak , jika buat perangai .. ibubapa kita pastinya akan memujuk .. Kan ? Tapi ... jika mereka itu sudah tua dan buat perangai , apakah kita akan memujuk mereka atau membiarkan saja mereka makan hati ???

Sedarlah .. lambat laun kita semua akan berada di tempat mereka ... Merajuk mereka adalah merajuk kita dulu ... Pujuklah dengan kasih sayang ...

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan anak anak mereka .. Semoga roh mereka aman di sana berkat doa anak anak mereka ..

You May Also Like

15 comments

  1. pada 5 jari tangan itu jugak, Ibu jari dapat menjaga kesemua anak2 nya, dan jari2 yg lain tidak dapat menjaga jari ibu. sedar atau tidak, jari ibu itu terlalu penting untuk kita, berbanding jari yang lain (kecuali menulis blog la). so, fikir2 kan, mengapa ibu jari dpt menjaga 4 jari yg lain ( dlm erti kata menganti tugas/kerja jari yg lain) tetapi jari- yg lain tidak dapat. sebagai contoh, cap ibu jari untuk bank. hehehe (selamat malam en ben, blur dah mamai)

    BalasPadam
  2. Setujuuu!!!
    kesemua 5 jari itu saling memerlukan.

    BalasPadam
  3. kalau merajuk pasal perkara yang remeh temeh malas gak nak pujuk..heheh

    BalasPadam
  4. thaks sharing..Kata orang..bila kta jaga ibu kita bila sudah tua tak sama dengan mereka jaga kita masa kecil..

    Mereka jaga kita dulu, nyamuk datang pun mereka marah nyamuk tersebut..Kasih sayang ibubapa memang tak terbalas...=)

    jemput datang ke blog saya untuk beri pendapat ya..=)

    http://alienelliz.blogspot.com/2010/12/kau-bodoh-babi-sial-dan-sengal.html

    BalasPadam
  5. zureen suka semua post abang ben! yeah!

    BalasPadam
  6. sykur atas kurniaan tuhan..ncie sharing..like it~

    BalasPadam
  7. hmmm yelah kan..kita bernasib baik di beri peluang meneruskan perjalanan sampai skrg...

    BalasPadam
  8. bersyukur lah mereka yang masih ada ibu-bapa kerana masih ada peluang untuk berbakti kepada mereka

    BalasPadam
  9. thanx incik ben atas peringatan anda..really miss them ;(

    BalasPadam
  10. betul tu. selagi mereke ada, kiter hormatilah dan jaga mereka sedaya upaya. sabar dengan kerenah mereka sebagaimana mereka sabar dgn kite.
    sayang mama & abah saya.

    BalasPadam