Kerajaan nafi dakwaan Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012

by - Selasa, Disember 14, 2010

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA

 

-BHARIAN-

You May Also Like

11 comments

  1. planet nibiru????...tak penah dengar pon...ni planet2 yg kecik2 kot...

    BalasPadam
  2. huhu dulu sapa yg kata planet tu nk hentam bumi..?? bukan amerika ke??

    BalasPadam
  3. pengaruh filem 2012? hurm,, banyak persoalan yang ditinggalkan pasal planet nibiru ni...

    BalasPadam
  4. bkak youtube..taip ja nibiru...pastu tgok la...huhu..^_^

    BalasPadam
  5. mmg hebat diperkatakn thun lepas...naik takut..

    ..maha suci Allah yang mengetahui segalanya..

    semoga kita semua dilindungi dari segala segi..

    BalasPadam
  6. siap ade hadis keluar pasal pnduduk bumi akan tinggal 1/4 atau 1/3 macam tu dengan adanya bencana macam ni sebelum kiamat. Tak pasti betul ke tak..
    ...............................

    kalau betul terjadi (mintak dijauhkan)..bumi akan sompek dan jadi macam bola kurang angin (tak boleh nak swing)

    p/s : cuma pendapat
    ...............................

    kalau cerita pasal planet ni nak langgar bumi tak dibuat,orang akan rasa macam hidup 1000 tahun lagi dan lalai.

    BalasPadam
  7. Wallahu'alam..kalau Allah nak antar bala ke...ia datang tanpa diduga......

    BalasPadam