Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan - Lakaran kejadian

by - Selasa, Disember 21, 2010

 

image

IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.

Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.

Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.

"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.

Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.

Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.

Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.

Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.

-UTUSAN-

You May Also Like

12 comments

  1. ngeri sungguh...lagi kemalangan terburuk...

    BalasPadam
  2. sungguh tragis..bila lah akan berakhr

    BalasPadam
  3. simpang pulai adalah tempat femes untuk kemalangan...

    macam² kejadian dah berlaku kat simpang nie..

    www.zuymzmn.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Aiseyman.. tak habis2 dengan bas xsiden..

    BalasPadam
  5. eeee...ngeri betul... kenapa kemalangan mesti berlaku??

    BalasPadam
  6. takziah jua...
    satu iktbar buat kita..kematian sentiasa mngejar kita...:)

    BalasPadam
  7. MasyaAllah! ada lg? haih. dahla my mom dkt sini, nak blk kg ni xleh bg naik bas la. takut. fobia. mcm2 kes dah skrg ni. TAKZIAH buat mangsa kejadian.

    BalasPadam
  8. mmg mengerikan dri sebelom ni..
    sbb masa yang mati rmai sgt..

    BalasPadam
  9. What goes around comes around,takut kejadian ni berulang lagi di sekitar pemikiran kita...Tapi bila dah ketentuan ajal dari Ilahi,x mampu nk menghalang..

    BalasPadam