Patung Barbie boleh disalahguna hasil pornografi kanak-kanak: FBI

by - Selasa, Disember 07, 2010

 

LOS ANGELES: FBI mengeluarkan "amaran jenayah siber" untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dada, menyatakan mainan itu boleh disalahguna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak.

Laporan yang dikeluarkan pejabat lapangan FBI Sacramento pada 30 November lalu dengan tajuk "'Gadis Video' Barbie Kemungkinan Satu Kaedah Produksi Pornografi Kanak-kanak" itu memberi amaran kamera patung mainan berkenaan merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke komputer.

Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa oraganisasi berita secara tidak sengaja.

 

Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasa undang-undang.

“Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya,"

“Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguatkuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan," kata jurucakap wanita terbabit yang berpangkalan di Washington, Jenny Shearer, dalam satu kenyataan.

Patung Gadis Video Barbie buatan Mattel Inc dan mula dipasarkan Julai lalu pada harga AS$49.99 itu mengandungi kamera video kecil di bahagian dada yang diselindungi dalam satu loket.

Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung atau dimuat turun ke komputer.
Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakam video itu boleh disalurkan terus ke internet. - Reuters

-BHARIAN-

You May Also Like

17 comments

  1. macam2 pengaruh sekarang... kena pandai wat pilihan..

    BalasPadam
  2. Patung BArbie pun leh jadi bahan..Mmmphhh...Gila punye org....

    BalasPadam
  3. bahayanyer....
    anak2 nak main pon susahkan...

    BalasPadam
  4. pornografi kanak-kanak ni cmne? emm, tengok pn bole dikira porn ek? hikhik.

    BalasPadam
  5. dunia semakin maju...apa2 pun boleh jadi....

    BalasPadam
  6. Yerla..zaman sekarang macam2 pengaruh yang timbul..semuanya terletak pada kita bezakan baik dan buruk..

    BalasPadam
  7. Nama patung tu pun dan macam nama b*b*

    BalasPadam
  8. Bahaya jugak.. buatnya rakam masa tengah mandi tak ke naya..

    Andai dapat aku undur masa

    BalasPadam
  9. budak2 zaman skarang nih makin senang terdedah dgn mnde2 yg -ve...hmmmm...

    BalasPadam
  10. adehh .. byk koleksi ne ... kne bedah satu2 ke?

    BalasPadam
  11. takutnya, mujur MO dan adik2 MO tak suka main anak patung..huhu

    BalasPadam
  12. Patung barbie tu memang dah berpengaruh kat seluruh dunia. Ye laa siap dah ada movie lagi. So, ibu bapa kenalah kawal anak-anak jgn smpai anak patung yg bervideo ni plak ada dalam rumah. cegah awal2 daripada nanti lagi parah..

    p/s:: terpinjam nama untuk entri http://wamozuwaha.blogspot.com/2010/12/fesyen-rambut-untuk-kaum-adam-di-tahun.html

    BalasPadam