Perlu ke jadi otai blog ?

by - Sabtu, Disember 18, 2010

 

Perlu ke nak nak jadi otai blog ? Aku terfikir .. apakah dengan jadi otai blog maka blog kita dikenali ramai  ? Hurm.. aku tak tau pandangan korang .. Tapi bagi aku ...

Blog bagi aku ... tempat meluahkan perasaan secara berhemah .. disebabkan ada pembaca , maka dalam blog aku belajar memberi dan menerima .. Aku cuba lari dari protokol berblog dan cuba gunakan kaedah yang aku rasa patut aku gunakan dalam blog aku ..

MEMBERI dan MENERIMA .. aku tak berminat nak jadi otai , sifu atau apa saja gelaran yang ingin diberikan oleh mereka .. Cukuplah aku hanya seorang blogger ..

Untuk berjaya dalam blog .. aku takde resepi .. aku takde nasihat .. aku takde pendapat... Aku cuma boleh beri pandangan aku .. Jadilah blogger yg unik ... lain dari yang lain .. Cari kelainan itu dalam diri sendiri .. Tak perlu ikut sapa sapa .. Tak perlu jadikan blog kita tu istimewa .. berbeza .. tapi cara penyampaian kita perlulah berbeza ..

Biarlah mereka suka blog kita kerana blog kita .. bukan kerana kita popular dan dikenali ramai .. Tak perlu kejar glamer kerana mereka yang akan baca blog kita itu adalah disebabkan blog kita glamer ..

You May Also Like

20 comments

  1. ben, kagum jgk dngn kehebatan blog anda.

    xmustahil anda bleh jd mcm blog sedara say ni.

    beautifulnara.com

    BalasPadam
  2. ..perlu itu perlu.... kerana dengan menjadi otailah pandangan kita akan lebih di ambilkira... jika tidak...tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi...percayalah...

    Pendekar ada di sini...

    ..........

    BalasPadam
  3. @Pendekar Berkudapandangan tak semestinya dari otai ... kadang kadang dari mereka yang 'muda ' juga membina ..

    BalasPadam
  4. salam..
    setuju.Macam BA kata..kita semua sahabat . Femes dan glemer akan datang sendiri bila org kenal blog kita..bukan diri kita..hehe

    BalasPadam
  5. BA; HA3...KAN DH JADI ENTRY....CHAIYOK2 BEN!

    BalasPadam
  6. salam..abg ben,

    saya anggap abg ben ikon saya..:)

    BalasPadam
  7. salam singgah bro..
    kdg2 tgk bro ben nak jadi mcm bro jugak..bro kan kate angan2 tu perlu ada...tapi xperlu lah obses sgt nak jadi popular kan....nnt hati xkeruan asek memikirkan kepopulariti..yup juz jadi diri sendiri xpeelu untuk meniru org lain juz usaha untuk tgkatkan semangat berblog je.. :) pandangan2 yg baik xkira otai or x..disambut juga dgn hati yg ikhlas...

    BalasPadam
  8. kalau dah lama berblogging..tu kira otai la tu...

    BalasPadam
  9. tak tau...

    1st time ni komen kat sini...haha

    BalasPadam
  10. yelah..x perlu ikut sape2, blog kepunyaan sdiri,cara,penampilan pun ikut style sdiri!:)

    BalasPadam
  11. blog En.Ben adalah blag yang mesti saya bukak tiap ari !!

    http://diariamzar.blogspot.com
    follow me

    BalasPadam
  12. Betu tu. penyampain kena berbeza. Cara penyampaian En Ben sangat unik

    BalasPadam
  13. dh nk genap sebulan berblogging ni..byk alea bljr dr blogger x kira otai atau newbie.Stju dgn bro..kite perlu cr identiti sdri.Alea cuba elakkan copy&paste,kalau nk bg tutorial pun mesti dr pglmn sdri br hepi nk kongsi ngan rakan lain.Dan blog alea mmg xda resipi sbb byk lg blog yg penuh ngan ilmu mskn,klik je kt Sudu Garpu pilih je mn nak.Apa2 pun bro jgn jemu guide kami semua...tq

    BalasPadam
  14. Salam.

    Bercakap mengenai blog, memang macam-macam cara untuk kita mempersembahkan mengenainya. Banyak yang berilmu, tidak kurang juga yang merapu. Banyak yang membina dan ada juga jenis blog yang suka menghina.

    Sama ada sedar atau tidak, kita ini, blogger yang kecil mahupun yang sudah dikenali ramai berada di antara jenis-jenis blog tersebut.

    Pendapat saya, apa yang penting sebenarnya kita jadilah diri sendiri namun tidak lari dari batas-batas seorang manusia yang berakal dan tidak menulis sembarangan. Saya bersetuju dengan tuan tentang prinsip memberi dan menerima kerana di situlah ilmu itu berputar dan berkembang.

    Semoga kita semua dan Tuan Ben Ashaari berjaya dalam bidang yang kita usahakan selain mempersembahkan sesuatu yang positif untuk diri dan masyarakat.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  15. thanx abg ben untuk nasihat lagi.....berguna tuh,,,,

    BalasPadam
  16. abg ben . thanks for the all tips yg abg bgy .

    hanna ad soalan , kalau hanna tgok nuffnang hanna mesty rm0.00 . nape ye ?
    hope abg jawab .

    BalasPadam
  17. abg thanks for the all tips yg abg bgy . :)

    hanna na tnye , nape nuffnang hanna rm0.00 jeh ?

    hope abg reply .

    BalasPadam
  18. Kita kena jadi diri sendiri barulah boleh berjaya.Betul tak?

    BalasPadam