Rakan serumah bernafsu songsang

by - Ahad, Disember 12, 2010

 

SAYA tinggal serumah dengan rakan sekerja yang menjalin hubungan sejenis.

Setiap hujung minggu dia akan tidur di rumah pasangannya.

Saya pernah meminjam komputer riba dia dan apa yang ditemui di dalamnya amat memalukan.
Saya merasakan dia terjebak dengan hubungan songsang berkenaan.

Bagaimanakah caranya saya menolong dia supaya tidak terpengaruh dengan perkara terkutuk itu?

Saya pernah menasihatinya namun dia memarahi saya.

FARHAN
Kuala Lumpur

HUBUNGAN sejenis memang dilarang mana-mana agama termasuk Islam.

Ini kerana ia bukan tabiat semula jadi manusia dan juga binatang.
Itu sebab ia dipanggil sebagai hubungan songsang. Mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian dilaknat oleh Allah dan Rasul kerana melanggar larangan agama.

Contohnya keterlanjuran kaum Luth yang membawa kehancuran mereka.

Bagi menangani isu moral dan akhlak sebegini, Islam megajak kita supaya memikirkan tujuan kita berada di dunia.

Seorang manusia yang diberi akal fikiran hendaklah berfikir buruk baik setiap perbuatannya.

Apabila suatu perbuatan melanggar tata susila agama dan akhlak, dia hendaklah segera dihentikan.

Setiap Muslim hendaklah berusaha mencegah diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus dalam lembah maksiat.
Justeru, anda perlu berusaha sedaya mungkin mencegah kemungkaran berkenaan sama ada melalui kuasa, kata-kata atau rasa benci dalam hati.

Mencegah diri daripada terpengaruh dan terbabit dalam perhubungan sejenis lebih mudah daripada cubaan untuk mengubah atau mengubatinya apabila sudah berlaku.

Ini yang berlaku kepada rakan anda yang sudah dinasihati, tetapi menjadi marah kerana sudah jauh tersasar dalam kemaruk nafsu.
Hubungan songsang hanya membawa kehancuran semata-mata. Kita boleh katakan mungkin manusia dapat memaafkan kesalahan sesama sendiri, begitu juga Allah yang sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.

Tetapi undang-undang alam tidak ada belas kasihan. Penyakit akan terjadi apabila manusia melanggar undang-undang alam. Anda mungkin sudah melakukan apa yang terdaya untuk mengubah sahabat sendiri. Tetapi perubahan hendaklah datang dari dirinya sendiri.

Dosa yang dilakukan itu adalah atas pilihan diri sendiri dan bukan atas sebab genetik atau persekitaran lagi. Semuanya boleh diubah apabila ada kemahuan untuk insaf dan bertaubat.

Berubah untuk menjadi baik tidak ada salahnya. Kegilaan menurut hawa nafsu boleh dicegah dengan usaha sendiri dan nasihat kawan-kawan seperti anda.

Teruslah berusaha semoga kawan akan berubah menjadi baik.

-HMETRO-

You May Also Like

12 comments

  1. Me kenal ramai yg nafsu macam ni...bukan lelaki but gurl...

    penah tegur sekali,, dia siap jawab 'u nak i cium u ka dear?'

    seram wooo...tapi sekurang2nya kita tegur...xla subahat...

    BalasPadam
  2. Semoga cepat berubah la hendaknya... Teruk jugak kalau dpt kawan jenis mcm ni... huhu

    BalasPadam
  3. best ke hubungan sejenis...
    macam xbest jer...
    moga2 la dijauhkan...xbest...

    BalasPadam
  4. gadis sadis pun penah ada roomate bernafsu songsang taktala belajar dulu. weekend jek mesti "kekasih" beliau dtg tido bilik ktorng...
    y azabnya sebijik cm laki..fuhh x berpeluh ktorng y laen ni dlm bilik tue..

    BalasPadam
  5. @moon : hadoi, takutnye dengar. geli sangat!

    BalasPadam
  6. mampu berdoa je utk mereka supaye berubah..seram woo ade nafsu macam tu..hilang nikmat dunia..hehe

    BalasPadam
  7. btol tu ...
    senang cter kubur masing2.. kita leh nasihatkn semampu dan sedaya mungkin jer

    BalasPadam
  8. saya pon ade kawan yg mcm nie..
    pernah satu masa tuh..
    we all asked him..
    eh ko ni takda feeling kt pompuan ka..
    n dgn selambanya dia jawab..
    No..
    what to do..
    nasihat dh berbuih..
    doa dia berubah ja la...

    BalasPadam
  9. BA : Harap2 sangat laa yg ada hubungan sejenis macam nie .. Cepat2 berubah ..
    Kita bersama-sama doakan nya laa ..

    BalasPadam
  10. pikir la balik.akal ade.. nanti disoal dgn jalan yg dipilih tuhan suruh pilih jalan yg baik.nanti tuhan takkan tolong org yg wat dosa kena seksa....sebab tuhan maha adil..kamu yg pilih sendiri.. taubat ..smpai bila nak wat dosa...semua org wat dosa...aku pun sama..kdg2 wlaupun taubat pon...leh wat balik...takut aku.semuanya daripada godaan syaitan yg tak pernah putus asa s ..apa2 pun kena cpt..takut tak smpt..

    BalasPadam