Sikap orang kita ke sikap kita ?

by - Rabu, Disember 22, 2010

 

Sedih ? Aah .. mmg  sedih kebelakangan ni .. Ramai tak suka SITI NURHALIZA .. Ramai tak suka AWIE .. Ramai tak suka AZIZ M.OSMAN .. dan macam macam lagi .. Selera kita .. susah nak kata ..

Sejak aku berblog ni , apa yang aku perasan .. blog adalah tempat meluahkan perasaan .. cerita gitu gini ... Contoh la .. dok bantai cerita 2 ALAM .. Yang tak tengok pon cam aku , tumpang bantai sambil gelak dan kritik.. Kenapa ? Gelak sebab dia tak capai sasaran ? Atau gelak sbb melihat orang kita malu ? Geram sbb keangkuhan dia ? Hurm.. sekurangnya dia ada melakukan sesuatu dan berjaya mempromosi dirinya .. Sapa sekarang tak kenal DRR ??  Kenal dia sbb filem dia tak berjaya ? Filem dia tak berjaya tapi dia berjaya menyematkan nama dia di dalam setiap ingatan kita .. Sebut nama dia , kita terbayang rambut dia .. Bermakna , promosi dia berjaya .. Kalaulah dia keluarkan lagi produk terbaru , cukuplah dengan iklan seminit .. sekejap je tersebar ... Tu pendapat aku ..

Ada ke yang pandai kritik ni memberi pendapat untuk memperbaiki filem tu dalam blog mereka ? Tarak ... bantai dari A-Z ... yang tak berkaitan pon masuk sekali .. camana tu ?

Sambung .. Mereka yang pandai mengkritik orang ni , cuba tengok balik diri sendiri .. Apakah kamu lebih bagus dari mereka yang kamu kritik itu ? Buat satu perbandingan .. Berapa lama kamu dalam bidang kamu dan berapa lama pula mereka yang kamu kritik itu.. Dan jangan lupa bandingkan pencapaian  kamu sewaktu kamu 'diusia' dia ..

Mmg best .. mmg seronok bila mereka kata  aku sokong .. aku sokong .. sejauh mana la sangat sokongan mereka tu ? Aku dah lihat .. hari ni mereka menyokong kamu.. esok lusa dia bantai kamu balik .. hehehe... Setahun dah membuktikan segalanya bagi aku ..

Dari yang muda sampai yang tua .. dari dunia realiti .. sampai ke dunia maya .. tak de beza .. kalau sikap tu dah begitu , sampai ke sudahla mmg gitu .. Takde beza.. Yang membezakan ialah pengalaman dan pendidikan seseorang .. Jika benar dia bijak , maka dia berhati hati bila berkata kata .. Biar berkata ada isi dari berkata sekadar menghiris...

You May Also Like

18 comments

  1. setuju yang hari ini mereka menyokong, esok lusa mereka bantai balik..

    baru je kena benda tu sems lepas. byk pengajaran daripada kejadian tu

    BalasPadam
  2. tul 2 abg ben,kdg2 org yg mengata 2 lebih teruk..sepatutnya kita saling menyokong..kdg2 dorang xsedar ngn perbuatan dorang 2 blh wat org lain kecik hati..

    BalasPadam
  3. Nasihat yang baik... pasal DDR, kita tak patut kritik dia..dan pasal filem Melayu sekarang dah meningkat kualitinya. tunggu kita je untuk menyokong dari belakang..

    BalasPadam
  4. isk2..kenapa segelintir manusia zaman sekarang ni sanggup merendahkan bgsa sendri..

    BalasPadam
  5. ada dua baldi, kedua-duanya berisi ketam. di baldi pertama, ketam tu mewakili cina. di baldi kedua, ketam tu mewakili melayu

    baldi pertama terpaksa ditutup dengan penutup, sebab ketam-ketam tu semuanya berduyun-duyun mau keluar, takut lari. baldi kedua pula dibiarkan saja terbuka, sebab kalau sekor ketam mau keluar, yang lain akan tarik.

    begitulah perumpamaan untuk orang melayu pada hari ni. *sigh*

    Jenis-jenis wnaita di dunia

    BalasPadam
  6. Salam ...
    terima kasih kerana menegur.

    BalasPadam
  7. ...alamak...pedas lagi berapi !

    ...bergerak !

    BalasPadam
  8. menyokong penulis blog atau menyokong tulisan penulis blog,..hmm tak taulah...susah nak bezakan yg mana ikhlas dan yg mana tak...

    BalasPadam
  9. kadang2 rasa keciwa dengan kritikan pedas...tapi itu sumber kekuatan kita untuk lebih berjaya....

    BalasPadam
  10. BA: 1 JARI MENUDING PADA ORG LAIN ; TANPA KITA SEDAR 4 JARI LAGI MENUDING KPD KITA SENDIRI

    BalasPadam
  11. Kahkahkah!

    Biasa la tu bro. Sedangkan P Ramlee yang legend tu pun pernah kena bantai orang tak suka dia masa time ujung-ujung masa dia start duk kat KL.

    BalasPadam
  12. Takde beza.. Yang membezakan ialah pengalaman dan pendidikan seseorang .. Jika benar dia bijak , maka dia berhati hati bila berkata kata .. Biar berkata ada isi dari berkata sekadar menghiris...

    suka kata2 ni

    BalasPadam
  13. bilaa dah nama manusiaa tu , manusiaa jugak. padahal rasanya takde lahh dr. tu buat salah kan ? haii manusia.

    http://cakapcakapain.blogspot.com/2010/12/wow-kuasa-tuhaan-pokok-pelangi.html

    BalasPadam
  14. huhu..memang tengah sedih pas bace ade org plagiat n kritik entry kite..

    tensi2..tapi takpe, semoga org yg buat camtu, dibuka pintu ati.. =((

    BalasPadam
  15. kritik tu perlu... tapi mesti kena dengan caranya.. namun tak semua orang macam tu...

    BalasPadam
  16. Sikap orang kita dan sikap kita sama saja.. kadang2 ok, kadang2 alpa..

    BalasPadam