Takkan sekali lagi kot ?

by - Selasa, Disember 07, 2010

 

Ah, sudah ... mana datang pulak 3 orang kawan aku ni .. Dah la aku tengah tensen mencari ilangnya charger bateri dslr aku ni .. haih... geram tul ... kang aku beli baru ngan kamera kamera baru kang .. baru tau .. haaa.. geram neh..

Malam dah ni .. aisey .. awat la aku dok merayau kat sini ni ... Hurm.. kepala sakit ... ni mesti kes terlebih maggie.. Rasanya 4 hari berturut makan maggie punya kes la ni.. Yeee.. aku tau.. maggie tak elok.. hurmm.. Yelah.. nak makan kat mamak , plan mee goreng .. bila sampai kedai mamak... maggie pulak terpancul dari mulut ku ini .. apa mau buat ?? Telan dan inilah kesannya ..

Sat... BERITA TERKINI :

image PERODUA Kancil yang dinaiki seorang lelaki berusia 21 tahun hampir terputus dua selepas melanggar tiang lampu berhampiran susur keluar ke Dengkil dari Cyberjaya. Dalam kejadian jam 7.10 pagi tadi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Foto David Khoo (BHARIAN)

 

Kembali cerita ... Merayau punya merayau .. ler.. dalam hutan mana pulak aku masuk ni .. ah sudah... nak cari charger sampai dalam hutan ? Tak leh blah langsung ni ... Cepat cepat aku ajak member aku keluar dari hutan ni ....

Dalam kejauhan , aku ternampak sesuatu atas dahan .. Berambut panjang .. ala cam hantu dalam tv tu laa. ala ala maya karin je tu ha.. Aiseyman.. menyampah tul la mimpi aku ni... Dah la.. aku nak jaga.. Terus terjaga .. huhu..boring tul mimpi hantu ni.. Takde awek ke nak masuk dalam mimpi aku nih ? Haih..

ok la.. nak sambung cari charger...

You May Also Like

8 comments