Temu janji Dr Mahathir dengan Shah Rukh Khan pada Krismas

by - Jumaat, Disember 24, 2010

 

NEW DELHI: Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Shah Rukh Khan.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, akan tiba di pusat kewangan India hari ini, dan Shah Rukh Khan akan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu

"Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai).

"Beliau lebih daripada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir.

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan teh istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai pada Hari Krismas.
Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio - iaitu studio filem terulung India.

Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang dari seminggu, selepas Presiden Russia, Dmitry Medvedev mengadakan perjumpaan dengan aktor berkenaan di Mumbai pada Rabu lalu.

Medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lalu.
Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu dalam majlis jamuan malam.

Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai.

Pada Khamis, beliau bertemu Perdana Menteri India, Manmohan Singh di Delhi.


- BERNAMA ( BHARIAN )

You May Also Like

7 comments

  1. heheh.. dua dua yuyu sukaa.. sangat sangat sukee..

    BalasPadam
  2. woww..strong.. hehe :D

    BalasPadam
  3. abang..ni saya ade nak antar satu entri ni untuk abang nilaikan dan bagi sedikit nasihat yang berguna untuk saya guna sebagai panduan dalam dunia blog ni.. sy harap abang x banned saya lepas ni ea..huhu

    http://tau4374.blogspot.com/2010/12/bodoh-kurang-ajar-budi-bahasa-atau-dot.html

    BalasPadam
  4. my name is Muhamad Redzuan Kassim..
    and im not a terrorist...

    BalasPadam