Tips yang top ..

by - Selasa, Disember 07, 2010

 

Ala.. ni bukan tips untuk blog .. tapi tips untuk kesihatan yang aku terbaca di majalah RAPI edisi 15 nov 2010 ..

Ada beberapa info yang aku rasa patut aku kongsikan dengan kawan kawan di blog aku ni yang mana majoritinya perempuan .. lelaki pon boleh guna gak la.. cuma kebiasaan persoalan ini diajukan oleh orang perempuan ..

Untuk kawan kawan , aku taip semula .. bukan copy paste yer.. RAPI , pinjam info ni yer..

INFO 1 :

APAKAH SENAMAN TERBAIK UNTUK WANITA ?

Menurutnya berlari , berjalan atau menyertai kelas aerobik saja belum mencukupi.. Senaman terbaik untuk membakar lemak dan  membentuk tubuh ialah latihan beban .. haaaaaaa.. jom ikut aku g gym.. hehehe.. sabaq sabaq.. lom abis lagi ..

Komposisi wanita dan lelaki berbeza bila melakukan latihan beban. Lahitan mengangkat berat  bukan saja membantu anda membakar kalori tetapi juga memastikan metabolisme anda kekal sehingga 48 jam ! Betui weh.. aku ni kalau lepas g gym , peluh non stop action walaupun dah mandi woo.. tapi mmg  feel... best je.. ok sambung .. Joging dan aerobik tidak mempunyai aksi begini ... Haaa.. sila dapatkan jurulatih bertauliah .. Sapa nak aku jadi coach ? Bersedia jadi  Arnold Susahnakeja yer ..

 

INFO 2 :

SENAMAN YANG SEDERHANA BOLEH MELAWAN KANSER

Saintis daripada WORLD CANCER RESEARCH FUND ( WCRF ) menyatakan senaman ringan kira kira 45 minit sehari sudah mampu menghentikan kira kira 5500 kes kanser payudara yg terjadi di Britain untuk kadar tahunan .. Haaaa.... tu laa.. aku cakap korang tak caya.. bersenam .. bersenam ... dapat kurus dan juga kesihatan terjamin.. InsyaAllah .. ok sambung ..

Apabila menyebut tentang senaman , anda tidak perlu berpeluh di gym sepanjang masa . Sebenarnya hanya berjalan perlahan dan beberapa aktiviti lain misalnya berekrasi di pusat membeli belah , menari dan membersihkan karpet dengan mesin hampagas sudah mencukupi ... Hurmm.. tang ni aku rasa kaum hawa pasti setuju lebih lagi tang shopping tu !!! ARghhh.. alasan bertambah kuat untuk mereka selepas ini bagi mengajak para kaum adam untuk g teman diorng ke shopping mall !!! huh..

 

INFO 3 dan seterusnya ...

MENURUNKAN BERAT BADAN TIDAK SUSAH dan banyak laaagi ...

Haaa.. tu je la aku leh kongsikan ..bukan pe.. kalau aku taip lebih lebih , nanti RAPI saman aku .. TERAPI aku nanti dibuatnya .. haaa... G la beli kat  kedai mamak tu haa.. murah je weh.. bagus untuk maklumat ... Baru RM4 je weh... okeh ?

You May Also Like

19 comments

  1. btol2..nak turunkan berat badan takdernye susa pon

    BalasPadam
  2. Dah kasi kredit kat dia..InsyaAllah RAPI tak saman..hehe..RAPI mmg bagus..banyak info kesihatan..berbaloi baloii..

    BalasPadam
  3. tak susah pun kalau usha lebih sikit

    BalasPadam
  4. yes, betul. i sokong. mmg tak susahnya. usaha itu penting !!

    BalasPadam
  5. jadi cikgu ni jgnkan berjalan, berlari pun selalu ( berlari kejar budak ponteng kelas).Angkat beban apatah lagi.Beban buku satu subjek 4 buku x 45 orang.Kan beban tu?Tak masuk beban perasaan lagi.

    BalasPadam
  6. ala..senaman terbaik n pasti mujarab,mustajab dll
    SOLAT :]
    tenong2kan..
    hehe

    BalasPadam
  7. waaaaaaaaaaaaaa

    ade smngt nk kurus ni kihkihkh (angan2 je la sbb sy ni pemalas)

    BalasPadam
  8. EnBen...Agak2 kalo sy teringin nak g gym, katne yg reganye agak tak brapa nak mahal atau dlm erti kata lain, MURAH...Hehehehe....

    BalasPadam
  9. kih3..baru je berekreasi kat jj balakong ptg td.

    BalasPadam
  10. rajin En.Ben belek majalah Rapi ek ?
    Dulu setiap edisi sy beli , tapi skrg da jarang...atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan . huhu :P

    BalasPadam
  11. ada org nak kurus, ada org nak gemok....macam2

    BalasPadam
  12. saya suka tips yang no 2. huhu, yg pertama tak sesuai, metabolisme agak kuat.

    BalasPadam
  13. setuju ngan en kay yea. nak tips naikkan berat bedan.tapi xperlu lar gemok. hehe..

    BalasPadam
  14. BA; Yg penting di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.....

    BalasPadam