Twitter paling popular di ??

by - Isnin, Disember 20, 2010

 

BAGI kebanyakan warga Indonesia, Ahmad Mustofa Bisri ialah seorang ulama berpengaruh dan dihormati daripada pertubuhan Islam terbesar negara itu, Nahdlatul Ulama.

Tetapi untuk kira-kira 7,000 pengikutnya di Twitter, lelaki berusia 66 tahun itu adalah ‘Kyai Gaul’ atau Ulama ‘Trendy’ yang menaip salamnya di iPad dan Blackberry setiap hari.

Bisri adalah antara sebilangan pemimpin Islam - konservatif dan liberal - yang beralih ke Internet untuk menyelami hati dan fikiran pengikutnya
di negara yang mempunyai bilangan penduduk umat Islam paling ramai di dunia itu.

“Saya membuka satu akaun bulan lalu kerana saya gemar berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak letakkan diri saya sebagai seorang mufti atau pihak berkuasa agama. Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu,” kata Bisri yang lebih dikenali sebagai Gus Mus atau ‘Brother Mus’ - kependekan namanya, Mustofa.

"Ia sesuatu yang penting bagi mereka yang memahami kepercayaan ini untuk menyebarkannya. Mereka yang tidak tahu, tetapi mengaku tahu, mungkin terkeliru,” tambah-nya.
Di samping Twitter, beliau memberi ceramah mengenai tolak ansur dan kesederhanaan agama di laman sosial Facebook yang mana beliau mempunyai 2,600 ‘rakan’ dan 62,000 ‘peminat’.
Golongan Islam daripada kumpulan yang lebih tegas seperti Hizbut Tahrir Indonesia dan Front Pembela Islam (FPI) juga menunjukkan kehadiran mereka di laman web menggunakan medium moden untuk membicarakan hukuman seperti merejam batu untuk penzina.

Pertarungan untuk meraih identiti Islam di Indonesia adalah salah satu cara Internet membentuk dan mengubah perdebatan umum di negara yang mempunyai penduduk berjumlah 240 juta orang manakala penggunaan laman web mula meledak sejak lima tahun lalu.

sambung > HMETRO

You May Also Like

11 comments

  1. bnyk sgt dah skrg laman sosial..smpi tak terguna..huhu

    BalasPadam
  2. BA; Selain fb, twitter mmg popular kannnn.....

    BalasPadam
  3. SJ x buat lagi akaun twitter ni..churp2 ni pon xphm sgt~

    BalasPadam
  4. dop paham setarang twitter ni...haha

    BalasPadam
  5. belum terniat lagi nak ade twitter... ckup lah blog and fb... huhu

    BalasPadam
  6. a a..cukup la berblog yang idup segan mati tak mau ni...syukur pada yang ada hehe

    BalasPadam
  7. tak berapa minat dgn twitter..hehe..

    http://miszydian.blogspot.com/2010/12/day-05-ben-ashaari.html

    BalasPadam
  8. Tak pernah guna twitter ni.. suka berblog je..

    BalasPadam
  9. laman sosial amat berguna jika digunakan pada jalan y betul

    BalasPadam