Wanita dihukum rejam sampai mati lakon semula pembunuhan

by - Ahad, Disember 12, 2010

TEHERAN: Seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina mengaku membantu seorang lelaki membunuh suaminya dan melakonkan semula jenayah itu dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen, semalam.

Ia kali keempat Sakineh Mohammedi Ashtiani (gambar) muncul di televisyen untuk membuat pengakuan itu ketika Teheran berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa selepas mengumumkan wanita itu akan direjam sampai mati, sumber terbaru pergeseran antara Iran dengan Barat.

Dalam rakaman terbaru yang disiarkan menerusi Press TV, ibu dua anak itu dibawa dari penjara ke rumahnya di pinggir Bandar Tabriz di barat daya Iran dan melakonkan semula pembunuhan yang berlaku pada Disemberi 2005, lengkap dengan seorang lelaki yang melakonkan watak suaminya.

Sakineh, berpakaian hitam dan bertudung cokelat menceritakan bagaimana dia memulakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, Isa Taheri.

Dia kemudian menyuntik suaminya menyebabkannya pengsan sebelum Isa datang dan membunuhnya.

Amnesty International mengecam siaran itu dengan mendakwa ia melanggar standard antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang adil selepas Iran memaksa Sakineh mengaku bersalah di televisyen. - Agensi

 

-HMETRO-

You May Also Like

5 comments