Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Januari 2010

Penat Siut !

Entah penat disebabkan apa pun tak tau..nak kata sebab g gym , ari ni tak g..cuti..mungkin ngadap lama sangat komputer kot...dari pagi tak bergerak dari kerusi tu..kecuali nak g tandas n buat air...termasuk g solat la...

Semalam , bos aku dah turunkan segala pesanannya buat aku...nak buat itu ini...nasib baik bos aku ni ok banget....tersangatlah bestnya dapat dua orang bos yang sangat sangat understanding...sebenarnya aku dalam MM2H ni , berasa bersyukur sangat sbb berada suasana kerja yang tidak membebankan..kerja tu sesekali bila datang mmg la tensen...tapi dah nama pun kerja kan...adat la..cuma dari atasan sampai ke bawah , semua ok..takde masalah...saling bekerjasama..
aku pun tak tau apa kene mengena cerita ni ngan gambar ni !

Disebabkan bos aku ok tu la aku pon ok jee membantu dia..kalau tak ok ? huh..mintak mangap laaa...awal pagi lagi aku dah uruskan satu kerja dia...perkara kecik...pastu 2nd bos lak g kursus....waaa..tkde sapa dalam opis dah ??? ... ni yang besh niii..baru nak naikkan bendera ' merdeka' tapi teringat lak ada satu unit audit dalam nak jumpa aku sat lagi..waaaa...dah la semua bos bos takde ..nak harap aku jek ? apa la aku nak perayat diorg ni kang...huhu...

Sementara tunggu geng geng audit tu sampai , aku pun post satu entri..yang bertajuk apa tah..korang tengok la sendiri...haaa..pasal FASHA SANDHA..heheh..sempat la naik satu entri...pastu ada diorng pun sampai..adehhh..

Aku g jemput diorg masuk..g terus ke bilik meeting aka bilik makan aka bilik gossip aka bilik kecik untuk berbincang disana...Tajuk perbincangan ialah....P N C ..hehee..mana bleh cita dalam niiiii...ISA aku nanti..hahahah...skip bab tu..kita terus ke bab atas katil..hahahaha...aparaa..

Petang tu , seperti yang dimintak bos besar aku...aku ngan Abang Din aka pemandu rasmi MM2H ngan Timbalan Pengarah Imigresen Unit MM2H , Kak alimah g la ke umah bos beso aku neh...kat Sri Kembangan..dalam kul 4 gitu..Diorng nak g India malam ni..huhu..rombongan PM lama dah kat sana..so diorng nak sertai rombongan tu la kot..

Dah amik bos aku , maka bergerak ler ke KLIA...dalam keta , aku tersengguk sengguk dah...terlena jap...ngantuk gileee...tak penah penah gitu...mana taknya , time ni aku kat gym...mana nak sempat ngantuk...


Lupa lak nak bagitau..ari ni breakfast n lunch aku ialah quakers oat 3 in 1...segera punya....huhu..sebab tu kot ngantuk..kenyang sangat..huhu..Lepas antar diorg , abang din antar aku balik ke Putrajaya lak..huhu....aku makin ngantuk n kelaparan.hehehe...tak sabar nak balik makan...Asar pun lom lagi nih..

Sampai umah dalam kul 6 lebih..terus aku , solat pastu makan...lapar gile...wife aku buat red beans..atas permintaan aku la ...mmg nak diet cam tu jek...memula je gini..ngantuk dan kelaparan..nanti dah biasa , ok la tu...

OK la tu je catatan aku sepanjang hari ni...nak solat pastu layan chuck lak...huhu...tqqqqq

LABUAN DALAM KENANGAN - 2008

hAIH...lama tak kuar g hari bertemu pelanggan kementerian....akan datang , mungkin aku kena g PISA , Penang...ermm..tapi tu tak besh...tak meriah...

Yang ni masa aku ke LABUAN ( semua freeee ) ..mmg seronok time ni..walapun bahang kepanasan yang teramat tapi disebabkan geng yang g semua satu kepala membuatkan panas tu jadi sejuk sat..sat jeee..pastu panas balik..tu pasal semua pakat beli cermin mata hitam...satu baru rm 15 kot...


Team ni tak mungkin bersatu dah...dah berabur semua ilang..hahahaha


Peluang bergambar bersama TOM CRUISE tidaklah aku lepaskan..bukan senang..sah sah pasni jadi ikan kering..hahaha

Brother ni mmg nakal..haih..tak sudah sudah kacao menantang tu..siannn..




Sementara tunggu malam..semua pakat kacao orang dengan mainan tu..hahaha...cam kenal je mamat mamat ni kan..
Bro Adi ni dah jauh tercampak keluar..huhu...


Panas panas panas....ke usha awek ni bang ??? hahahah




brother ni korang leh jumpa kat fotokiter.blogspot.com




Smileeeeee...u're in candid camera !!!! hahahaha


Beso beso kan ikan..aku tengok pun takut..hahahaha...ok la..tamo cita panjang sebab kat bawah ni banyak lagi cerita cerita aku..ni sekadar selingan jek..heheheh

Apa pun , aku suka g Labuan...entah kenapa tapi aku suka..hahahha

Amalan harian untuk panjangkan usia


LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.

Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.

Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.

dari www.utusan.com.my

PERLU KE CEMBURU PADA PASANGAN ?

Masalah cemburu ni mmg tak leh nak bendung...lebih lagi bila berpasangan melalui internet...huhu..aku penah rasa ..zaman kejahilan aku dulu...hahaha...mmg sangat mengarut sangat..nak cemburu cemburu..pastu bukan kawin pun...putus gak tengah jalan...gaduh bagai nak rak...kawin tak gak ! ...hahahaha

Bila dah kawin ni , lain lak cita dia...zaman aku dulu , ada ICQ , YM dan MIRC..tu yang top top...zaman skarang ni lagi laaa..macam macam sosial network...FB , FS,TWR,MS dan banyak lagi laaa..nak sebut pun tak abis...( padahal tak hengat tu ) ..

Yang kaki cemburu ni , akan pastikan pasangan dia tidak mempunyai akaun akaun semua ni...akan senantiasa diekori pergerakkannya...adoiii..sampai gitu sekali dong ah ???

Jangan la sampai gitu sekali...tak meriah hidup ni...kena la open minded skit...kalau dijaga sampai gitu sekali , lagiiii bahaya..sekali terlepas ???? haa..mmg digunakan abis abisann...

Kalau dulu orang kata lelaki je gatal , zaman skang ni , tak dah ...laki ke ..perempuan ke...kalau nak gatal , tetap gatal...tak kira bujang , tunang , dah kawin mahupun dah solo..kalau nak gatal , maka gatal la ...tak payah nak control dah kehidupan diorng ni...apa yang boleh buat , bagi nasihat...tegur...tu je la..ingatkan mereka..

Percayalah pada kasih sayang anda..percayalah pada jodoh anda..percayalah pada takdir ...kalau jodoh anda dengan pasangan anda tu berkekalan , maka berkekalan la....lepaskan...kalau dia kembali , maka dialah teman sehidup semati kita..kalau tak kembali , doakan agar dia menemui pasangan yang boleh membahagiakan dia...jgn semakkan kepala anda dengan masalah yang tak patut anda semakkan ..

Biarkan mereka ...bagi peluang mendewasakan diri...bagi peluang mengenali dunia..jika anda seorang yang penuh dengan kasih sayang...jujur , setia....pasangan anda tidak akan cari lain...jika dia cari lain maka dia itu tidak layak untuk anda....sungguh mudah...kita hidup hanya sekali....gunakanlah dengan sebaiknya..takkan nak hidup mcm dalam penjara ? Nak kongkong kemana saja pergi....skit skit call..skit skit sms...rimas beb..rimaasss....

Tenangkan diri..tarik nafas panjang panjang..tengok cermin..Aku adalah manusia ciptaan Allah..takde lebih takde kurang..sama dengan manusia lain...bezanya ialah bagaimana korang mencipta personaliti korang sendiri...nak jadi yang mana satu...senantiasa tersenyum atau senantiasa cam budu ? huhu..sebut budu lapaq lak..sat la..nanti sambung...nak p makan ...apa pun , buang la jauh jauh perangai yahudi tu ( cemburu tak bertempat ! ) !!!

FASHA SANDHA : KENAPA PERLU BENCI DIA ?

Tadi ada la aku terbaca blog sahabat berkaitan artis sorang ni....iskh iskh..sian..siap ada Fan Club BENCI FASHA SANDHA....huhu...

Awat laa jadi lagu ni ??? Kenapa perlu benci membenci sesama sendiri ? Kalau tak suka tu , biar je la...jgn membenci lak..Apa saja dosa yang dia buat , tu antara dia ngan Allah..kita yang kerdil ni , berdoalah agar diberi hidayah padanya....Sapa la kita ni nak membenci orang lain ? Kalau benci sekali pun , tak yah la buat Fan Club....Bagus sangat ke orang yang membenci orang lain ni ? Cuba cermin diri tu ? Sempurna sangatkah ?



Bila orang tu buat keburukkan , ramai laaa yang sokong sekali join...bila orang tu buat kebaikkan , diam lak ? tak nak lak war war kan ! ...Berapa ramai artis di Malaysia ni yang membuat kebaikkan...tak de lak FAN CLUB untuk dia ! Ni asik tengok buruk orang jeeeee....dah jadi tabiat manusia kan..suka tengok yang buruk..

Aku bukanlah sokong dia mahupun mana mana artis di dalam dunia ni...lantak la..tu punca rezeki diorng..samada halal atau tidak , Allah yang menentukkan...nak kata bagus , aku jauh sekali..nak kata buruk , dah tentu aku ada...cam tu gak orang orang yang benci membenci ni...

Biarkanlah dia....dia tak kaco sapa sapa pun..kalau dia kaco pun , sah sah orang yang dia kaco tu sama spesis cam dia..kalau tak , tentu orang tu tak layan kan...

Baca boleh..dengar boleh...tapi jgn layan !!!! ...Tadahkan tangan tu....berdoa agar FASHA SANDHA dimurahkan rezeki..diberkati hidupnya dan yang penting sekali...diberi hidayah oleh Allah SWT.... buang le perangai buruk tu....udah udah laaa..

Satu lagi...semalam aku terbaca gak pasal kes caci orang sarawak...hurmm....bagi aku la....sapa saja atas dunia ni , selagi dia tidak menzalimi orang lain , orang itu tidak berhak dicaci....so pk pk la sendiri..tak kira la ko orang sarawak ke..orang selangor ke..orang kedah ke...org kelate ko....sama jeeeee.....mati nanti belum tentu masuk syurga !!! tak payah nak membezakan orang itu ini...sama jeeeeeeee ! adoi...tak sekolah keeee
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI