Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 2 Februari 2010

AKU TAU KO PENAT..AKU PUN PENAT GAK !

Hari ni aku masih lagi g ke HKL memandangkan anak buah wife aku tu masih berada di sana dan abang ipar aku yakni abang dia sekeluarga pun akan datang melawat..

Selepas kerja , dalam jam 6 petang ..aku pun menapak ke sana ikut jalan CHOW KIT...heheh..gerak dalam kul 6...dalam 6.30 petang baru sampai..hahahaha...ngan baju kemeja , beg sandang ....perghh..bayangkan peluh aku.....

Aku malas nak naik teksi..mau mau dengan keadaan jalan jammed tu , mesti dekat rm10 gak tambangnya...ada baiknya aku jimat ...ahaks....lagi pun tak g gym ari ni kan....

bla bla bla..malas nak cita pasal remeh tu..( remeh tapi tetap penting cuma aku nak skip memandangkan aku penat dah ...tapi disebabkan isu aku nak cerita ni masih segar dalam benak aku , ada baiknya aku terus luahkan.. )

Sampai kat HKL , aku terus masuk ke dalam wad kanak kanak ....dalam tak lama kemudian , wife aku cakap abang dia dah ada dalam kawasan HKL tapi tak tau kat mana nak parking yang dekat memandangkan dia bawak baby kecik ...hehe..

Header permandangan kat atas tu kat umah abang ipar aku tu la....sila rujuk entri ini ..cantik permandangan kawasan ni..disyorkan baca..hehe..

ok ok..malas nak ngarut...ni yang penting ...

Abang ipar aku tu turunkan wife dia n baby kecik tu kat satu kawasan parking berdekatan wad tu....manakala dia g cari parking..so aku g jemput la diorng...sampai kat situ , aku tengok kak ina ( wife abang ipar aku ) tengah dukung baby dia...aku nak suh dia terus ke dalam wad tu tapi dia kata nak tunggu suami dia..so ok la..aku faham..dia tak nak suami dia tercari cari nanti...mmg la ada phone , tapi mana tau kot phone dia abis bateri ke kan..kita tak leh nak jangka semua tu...kalau suami dia suh tunggu situ , seorang isteri yang setia akan tunggu kat situ..kawasan tu terang terang selamat..ada guard house kat situ..

Aku sampai..aku borak jap ngan dia...aku risau gak sebab dia bawak baby..kang bawak masuk dalam tu , ermmm....so apa apa tunggu je la..biar suami dia yang buat keputusan...nak bawak masuk ke tak ..betul tak ? hehe..aku dah ajak ...tapi tak leh nak paksa...

Pastu ada satu perempuan ni tego..berbaju biru..maybe senior nurse la kot...tapi yang aku tak berkenannya..dia tegur macam polis pencen !! tanya macam nak marah ..." ni buat apa kat sini ?? " ..nak je aku jawab...tak nampak ke tengah menari ?? .. tapi jawab baik baik je la...." tunggu nenek tiri laki mak saya ..." ....korang rasa aku jawab gitu ke ? hehhe....dok la..kurang hajar namanya tu ...." tunggu orang " ...

Cara dia pandang tu , seolah olah kami ( aku ngan wife abang ipar aku ) wat salah besar ..seolah olah nak buang anak kat belakang kereta dia !!!! Giler ke apa ???

Aku tau mungkin dia nak suruh g cari tempat duduk...Ye ..mmg betul , tapi cara tu !! Ngan jegilan bijik mata ibarat mata alien berbadan hijau !! ....bengang la aku....bukan aku je bengang...kak ina tu pun bengang...hekleerrr....apa dia pk hospital tu dia punya ?? alooooo...nama pun hospital kerajaan !! ....baru nurse tu !! cuba kalau doktor ? perghhh...aku rasa dia cabut bijik mata pastu suh aku tengok yang dia tengah marah !!!

Aku tau dia penat..aku pun penat....kena ingat...tugas dia ...kalau tak larat , berenti je keje...duk umah..bukak nursery..ambik budak budak kecik..jaga..haaaa..tak susah pun...Dia kena pk gak...pelawat yang datang kat sana bukan suka suka nak datang !! Pelawat tu pun ada kerja..datang nak melawat ahli keluarga mereka..macam macam perasaan ada dalam hati diorg..cuba la cakap elok elok....sejuk gak orang yang dengar...Aku tadi dah mula tinggi suara...nak je aku sound..." ko sebuk apa ? " tapi tu bukanlah cara kita ..tak kira apa bangsa sekali pun , kita rakyat malaysia terkenal dengan budi bahasa n sopan santun...dari bergaduh kat situ , kitorng pun gerak pelan pelan...Sampai kat katil Ammar , kak ina terus call suami dia dan beritahu lokasi katil ammar...

Entahlah..yang aku tengok kat HKL tu , yang rajin senyum ialah doktor !! bawah pada doktor ?? mintak ampun laaaaaaaaaaaaaaaa....mahal gile senyuman diorg..nak kata lebih lebih tak leh la kan..mak mertua aku dulu tu nurse gak...cuma ini adalah pengalaman aku 5 hari di HKL ...

Yang aku cerita ni di HKL ye...bukan mana mana hospital atau klinik yang lain di dalam malaysia ini..

Kepada mereka yang bekerja yang melibatkan orang ramai , senyum lah....senyum lah....jgn senyum bila gaji nak kuar atau bila diumumkan dapat bonus !! bak kata Dr Fadilah , ' kecil itu besar ' !!!

I'M SORRRYYYYY


Ampun Maaf dari aku untuk semua yang
masuk n baca entri entri aku sejak sabtu lepas..sampai la tadi
Aku tak tau mana punya hantu dah rasuk aku..
Tetiba leh pk semua idea idea tu..

Tapi percayalah , sebenarnya
Ada tersurat dan tersirat di sebalik
gurauan aku itu....

Ada yang percaya aku
sengaja buat demikian untuk
mendapatkan hits yang tinggi tetapi
salah anggapan anda itu..

Kerana setiap kali korang masuk
Nuff aku dok bantai tido..lena siuttt...aku bagi
dia ubat tidur berkuasa tinggi...

Apa pun , ampun maaf dari aku
Aku berjanji akan mengulanginya
Dari masa ke semasa ...

Sekian...
Harap Maklum
Salam 1Malaysia...
Selamat Hari Raya pada anda semua

PS : jgn wat group I HATE BEN ASHAARI ek..
i'll be back! harharhar

KALENDAR SUKAN BINA BADAN 2010

klik untuk besarkan

Ok..pada yang berminat..boleh la amik kat sini no....kalau nak tengok aku dalam pertandingan , boleh la g ...aku pun akan ada kat sana..sebagai penonton..hehehe

BLOG BEN ASHAARI DITUTUP SECARA RASMI !!

Dengan ini..secara rasminya , BLOG BEN ASHAARI ditutup ...


Memandangkan ramai tak suka pada aku , terpaksalah aku menutupnya...
Memula aku cari kain nak tutup ..tapi takde lak ...terpaksa la guna sign tu...
Korang tak kesian ke kat aku nieh ??
Akan tetapi .......

Akan dibuka semula selepas jam 2 petang...nak g makan kat The Mall ..pekene char keow teow !! sedap tuuuuu...walah weiiii


PENYANYI WANITA TERKENAL DITANGKAP BERBOGEL BERSAMA KEKASIH GELAPNYA ! !

Baik punya cerita terkini..aku malas la nak sebut sapa kan..korang tengok la sendiri ...ermm... ..ni aku dapat pun melalui kawan aku yang keje kat stesen television terkenal negara....haih..apa la nak jadi ngan dunia skang ni...macam macam hal..Dah kawin lak tu..perghhh...

Apa pun bila tengok gambar ni , jgn la kutuk n bukak group I HATE ....ek..sian dia..insaf dah tu...

SILA KLIK -> SINI ..

Haihh...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI