Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 Februari 2010

DARI BLOG KE BLOG

Aku bukan spesis blogwalking..nak g ke blog blog pastu tinggalkan jejak ..dengan harapan orang tu akan berkunjung blog aku...Bukan sombong atau rasa bagus tapi bila aku g blog orang tu , aku akan komen..bila aku komen , selalunya .... ermm...


Aku hanya akan pergi bila ada info info yang menarik mata aku untuk membaca...kalau aku berminat , aku akan follow dia..kalau tidak , biar je la...tak de la nak perli atau nak kutuk cara penulisannya..Bagi aku , blogger yang muda muda ni ( termasuk aku ) adalah menulis untuk menghilangkan rasa boring atau sekadar meluahkan perasaan..tak lebih dari tu..

Memula dulu , aku ada la buat cara cara otai buat..g masuk blog orang..tinggalkan jejak..pastu blogger lain lak datang...ermm...bagi aku la....ni pendapat aku...tak menarik..kenapa ? sebab pusing p pusing mai..blogger tu gak...Ibarat menulis buku..siap..terbit..aku jual ..ko beli..ko tulis..ko terbit..aku beli..pi mai pi tang tu....kalau dah beribu follower ? muka muka tu je la masuk...

Mmg la ...lain orang lain cara...aku tak la kata tak best..lantak la kan..cara masing masing...cuma aku tak berkenan ada blogger yang suka komen blog orang...Tau la blog korang tu ramai visitors...tapi kalau visitors tu muka muka tu je ? Berkembangkah ? Jgn fikir bila blog kita tu ramai datang , dah kira bagus blog kita tu...Jgn fikir bila ramai komen , dah kira bagus blog kita tu..tak..terlalu ramai silent readers..diammmm jeee..

Aku lebih gemar tarik pembaca dari kalangan peminat novel..mereka mereka ini pandai menghayati segala isi kandungan ..Kalau aku mampu buat mereka tersenyum , ketawa atau jugak tersentuh perasaan dengan tulisan aku , bermakna tulisan aku hidup !

Ada blogger tak suka tulis panjang panjang..Tulis je point ..tak kisah la kan cara masing masing...Yaa..cara masing masing..tak perlu nak kritik atau komen blog orang lain...Sapa kita nak komen ? Sekali pun ada PHD dalam bidang penulisan , belum tentu layak komen ! Bidang penulisan ni paling penting ialah minat diikuti dengan bakat..kalau sekadar bakat takde minat..tak berguna...begitulah sebaliknya...kemudian kena ada ilmu penulisan...haaa..part ni penting...Aku ? tah le..setakat ni aku ada minat je..bakat ? korang je la nilai...

Apa yang aku nak kata ni , dunia blogging ni makin berkembang..makin meriah....Bagi yang tak tau nak menulis , belajar...tengok..lihat...baca ...yang penting jangan tiru...jgn tiru corak penulisan orang lain..jadilah penulis dengan identiti tersendiri..

Satu lagi ..kalau nak menulis blog ni , bagi aku kenalah ikhlas...bila ikhlas , orang baca pun menarik...kalau sekadar tulis 'kosong' tapi follower beribu , tak guna ...mmg ramai masuk..diorng masuk sekadar membalas kunjungan..tapi bila diorg keluar , apa yang diorng bawak ???? KOSONG.....takde apa apa..

Apa guna layout cantik menawan...kalau isi hampeh !

Tepuk dada tanyalah selera...Apa pun , aku tak kata blog aku ni menarik..blog aku ni pun hampeh tapi aku tak la nak kutuk blog lain yang mana tulisannya pun.....sama level ngan aku..

Kecuali blog blog yang mana kandungan tip top ! Blog blog pemimpin , para cendiakawan ...haa..tu tak leh dinafikan sebab mereka menulis bukan kejar glamer atau $$ ..mereka menulis untuk menyampaikan ILMU atau MAKLUMAT...Itulah tujuan blogging....

BLOG ADALAH SATU KARYA SENI PEMILIKNYA..IBARAT SEBUAH LUKISAN ABSTRAK..

Ampun maaf dari saya...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI ...walaahh

CERITA SERAM DI JOHOR

Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

_____________________________________________

Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe

KETAM RAKSASA

KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Apa korang nak buat bila terjumpa ketam sebenar gini tengah baek punya berjalan menyenget kat tepi pantai tempat korang berkelah ?? heheheh..sila jawap kat kotak undi disebelah..

Untuk baca artikal tersebut...sila klik

PERANG POSTER !

Ingat masa pilihanraya je ke leh nampak PERANG POSTER ?? Haaa...untuk peraduan PENCARIAN TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI pun dah mula berperang ! ...macam macam design ada ha...untuk memancing pengundi pengundi ....

Tapi perang ni ada dasar semangat persahabatan je..tak de la tahap caci maki calon calon yang bertanding..takde maknanya kan..masa ni setiap peserta akan mengeluarkan idea idea tersendiri bagaimana nak memancing pengundi..hehehe..ingat mudah kee ?? hehehe..ramai kawan dalam fb belum tentu lg nak g mengundi untuk kita lagi tau ! haaa..ada yang sekadar tengok..ada yang malas langsung nak jengok...yg sanggup g 'buang undi' ni la kawan sebenarnya kawan..yelah , sanggup g buang masa jengok blog n baca ..pastu undi....esok kena datang lagi g undi..sapa nak ? orang yang sanggup tengok kawan dia menang je sanggup buat gitu wooo...

Jom tengok poster poster yang dah dinaikkan ..

Haaa....dasatkan ?? Ni belum lagi jadi calon ADUN kawasan masing masing ...cuba kalau jadi ADUN ?? Perghh....tak tau la camana diorng buat kempen !

Soalan pertama untuk pertandingan ini dah dikeluarkan pada Ahad lepas..ramai dh jawab dan tunggu masa je untuk disiarkan secara langsung serentak satu dunia ...haa..dasat tak ??? haa..mana taknyer ...dah dalam internet..serentak satu dunia dapat la kan..hehehe...

Malam ahad ni adalah penentu sapa yang bakal tersingkir...dari 100 orang wanita , siapakah yang bakal tersingkir untuk pusingan saringan ini ?? Kita tunggu je la ahad ni ek...sementara tu korang leh tengok sapa yang paling ramai pengundi buat masa sekarang ni...huhu...adakah yg ramai pengundi itu menjamin kejuaraannya ? walaahhh...jom terbang sat ke sanaaaa...http://www.top100wanita.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI